KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

KISAH PANTAI TIMUR DI AKHBAR ONLINE – 23 OGOS

KLIK TAJUK AKHBAR BACA BERITA LENGKAP

14 sekeluarga tinggal di bangsal

Keadaan dalam bangsal yang didiami 14 ahli keluarga di Kampung Demit, Kubang Kerian

Keadaan dalam bangsal yang didiami 14 ahli keluarga di Kampung Demit, Kubang Kerian

KOTA BHARU – Kemiskinan hidup menjadikan 14 sekeluarga yang tinggal di bangsal usang yang berlantaikan tanah di Kampung Demit, Kubang Kerian, di sini, memohon bantuan rumah.

Lebih malang bagi ibu tunggal, Siti Fatimah Muhamad, 56, yang terpaksa tinggal bersama tiga lagi anak yang sudah berkeluarga duduk bersama di bawah satu bumbung usang.

“Kami sudah diminta oleh pemilik tanah supaya mencari tempat kediaman lain kerana tanah ini bukan atas nama arwah suami. Setakat ini kami tidak pernah memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Dalam rumah ini terdapat tiga anak yang sudah berkeluarga dengan 11 anak masing-masing, salah seorang daripada mereka juga ibu tunggal seperti makcik,” katanya kepada Sinar Harian di kediaman mereka di Jalan Taski Al-Mardiah, Demit, Kubang Kerian, di sini, kelmarin.  SINAR HARIAN ONLINE

Masjid Permatang Pasir perlu naik taraf

Masjid ini masih dalam binaan papan dan ingin dinaiktarafkan untuk keselesaan jemaah.

Masjid ini masih dalam binaan papan dan ingin dinaiktarafkan untuk keselesaan jemaah.

BACHOK – Sejak dibina pada tahun 1967, struktur masjid Mukim Permatang Pasir, Gunung tidak pernah dinaik taraf.

Pengerusi Masjid Permatang Pasir, Mohd Yassin Mohd Salleh berkata, dengan bilangan penduduk yang semakin bertambah, ruang solat juga semakin sempit terutamanya apabila menjelang hari raya yang menyebabkan ramai jemaah terpaksa solat di bawah garaj kenderaan.

Menurutnya, masjid itu kini boleh memuatkan lebih 400 jemaah pada satu masa dan pihaknya berhajat untuk menaik taraf hingga boleh memuatkan 600 jemaah pada satu masa.

“Masjid lama ini bumbungnya rendah dan kami berhajat untuk tinggikan bumbung dan buat asas untuk binaan dua tingkat. Kos yang diperlukan untuk naik taraf masjid ini dianggarkan RM200,000 hingga RM300,000.

“Pembinaan masih belum dimulakan kerana beberapa faktor untuk mengelakkan masalah kebocoran, tempias dan lokasi untuk jemaah solat apabila pembinaan dibuat. Buat masa ini kami masih menunggu jawapan daripada pihak berkenaan untuk dapatkan bantuan naik taraf ini,” katanya.   SINAR HARIAN ONLINE

KADA Sasar 1,000 Hektar Sawah Ditanam Padi Di Bawah Projek NKEA

KOTA BAHARU, 20 Ogos (Bernama) — Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menyasarkan 1,000 hektar sawah ditanam dengan padi melalui projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pada tahun ini.

Pengerusinya Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata sejak projek NKEA itu diperkenalkan di Kelantan pada 2009, sebanyak 400 hektar sawah ditanam padi melalui projek tersebut.

“Pihak KADA sedang mendapatkan persetujuan daripada pemilik tanah untuk mereka menyertai projek NKEA itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pembahagian Hasil Ladang Merdeka di Bendang Lating, Mulong di sini, pada Rabu.

Md Alwi berkata projek NKEA berkenaan menyediakan banyak insentif kepada petani dalam usaha untuk meningkatkan hasil tanaman padi sehingga RM1,500 sehektar.   BERNAMA ONLINE

Ingatkan Generasi Muda Akan Pengorbanan Nenek Moyang Mereka

KOTA BAHARU (Bernama) — Badan Mohd Shukri Mohd Zin pasti akan menggigil setiap kali teringatkan pengalaman datuknya dikerah menyiapkan landasan keretaapi maut, yang juga dikenali sebagai Landasan Kereta api Thai-Burma.

Datuk kepada Mohd Shukri adalah antara ribuan penduduk di Tanah Melayu yang dipaksa membina landasan kereta api maut sejauh 415 km dari Nong Pladuk di Kanchanaburi, Thailand ke Thanbyuzayat di Burma(kini Myanmar) pada 1942.

Tentera Jepun mengerahkan kira-kira 180,000 penduduk Asia dan 60,000 banduan perang sebagai buruh paksa bagi menyiapkan landasan berkenaan yang kemudian diguna bagi membawa tentera dan bekalan dari Bangkok ke Burma, pada kemuncak Perang Dunia Kedua.

“Datuk saya, Nor Konok, ketika usia remajanya dikerah bekerja menyiapkan landasan kereta api maut di Thailand oleh tentera Jepun”, kata Mohd Shukri, 54, ketika ditemubual Bernama.  BERNAMA ONLINE

Persiapan awal elak penyakit

Abdul Razak Mohd. Zailan (kiri) beramah mesra dengan para penerima sumbangan di Kuala Terengganu, kelmarin.

Abdul Razak Mohd. Zailan (kiri) beramah mesra dengan para penerima sumbangan di Kuala Terengganu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 21 Ogos – Jabatan Veterinar negeri membuat persiapan awal sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bagi mengelak sebarang penularan penyakit apabila kemasukan lembu mulai meningkat sehingga 15 peratus sebulan.

Pengarahnya, Dr. Abdul Razak Mohd. Zailan berkata, pertambahan berbanding keperluan kadar biasa pada kadar purata 10 tan metrik sebulan itu bagi menampung musim perayaan Oktober depan dan ibadat korban.

Menurut beliau, pihaknya meningkatkan pemantauan kemasukan ternakan, khususnya di daerah yang bersempadan dengan negeri lain iaitu Besut dan Kemaman bagi mengelak penularan penyakit terutama jangkitan kuku dan mulut.

“Ketika ini, hampir 85 peratus lembu yang bakal dijadikan korban di seluruh negeri telah kita berikan vaksin dalam usaha untuk mencegah jangkitan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.   UTUSAN ONLINE

Pesta Bakar Lemang acara tradisi

Sebanyak 3,600 batang lemang berjaya dibakar dalam Pesta Bakar Lemang Dewan Undangan Negeri Chini di Bandar Dara, Chini.

Sebanyak 3,600 batang lemang berjaya dibakar dalam Pesta Bakar Lemang Dewan Undangan Negeri Chini di Bandar Dara, Chini.

PEKAN 21 Ogos – Tidak lengkap sambutan Aidilfitri bagi penduduk di Gugusan Felda Chini di sini jika tidak menyertai Pesta Bakar Lemang yang menjadi tradisi mereka sejak tujuh tahun lalu.

Penganjuran program hasil ilham Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri itu pada tahun ini diadakan di pekarangan Bandar Dara di sini yang berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung.

Tambah bermakna program yang bermula pada pukul 8 malam hingga 2 pagi itu diserikan dengan kehadiran anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah Tengku Abdullah.

Selain itu, program yang bertujuan mengeratkan hubungan sesama penduduk itu turut diserikan dengan pelbagai acara seperti cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.   UTUSAN ONLINE

AEC : Masyarakat perlu bantu beri penerangan

Azran Deraman (tiga dari kiri) memotong kek bersama-sama tetamu yang hadir dalam majlis Silaturahim Aidilfitri MITI Kelantan Kota Bharu, semalam.

Azran Deraman (tiga dari kiri) memotong kek bersama-sama tetamu yang hadir dalam majlis Silaturahim Aidilfitri MITI Kelantan Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 21 Ogos – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) cawangan Kelantan berharap masyarakat akan berganding bahu dalam menyalurkan penerangan tentang Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Pengarahnya, Azran Deraman berkata, perkongsian maklumat itu akan membantu hasrat kerajaan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang AEC dengan lebih menyeluruh.

“Kita perlu mempergiat lagi sesi penerangan ini memandangkan tahap kesedaran dan fahaman rakyat Malaysia tentang AEC antara yang terendah di rantau Asia.

“Oleh itu, kita berharap mana-mana pihak yang sudah jelas dan faham tentang AEC ini dapat berkongsi bersama-sama rakan-rakan yang lain.

“Menerusi cara tersebut, kita percaya orang ramai akan lebih faham apabila disampaikan secara santai oleh rakan-rakan di sekeliling mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis Silaturahim Aidilfitri MITI Kelantan di pejabat MITI di sini semalam.  UTUSAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 23, 2014 by in Ehwal Semasa, Ekonomi, Komuniti, Pelancongan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Ogos 2014
M T W T F S S
« Jul   Dec »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: