Ada antara mereka bukan sahaja kehilangan orang tersayang malah harta benda juga musnah akibat ditenggelami air. Di sesetengah daerah, kawasan banjir bagaikan dilanda ‘tsunami kecil’. Segala-galanya musnah sekelip mata.

Kereta dihanyut dibawa arus, rumah ranap akibat dibadai air yang mengalir laju, binatang ternakan hilang entah ke mana, tidak cukup dengan itu ada antara mereka yang terpaksa menjadi bukit bukau sebagai ‘kediaman sementara’ dan ada pula bagaikan ‘terperangkap’ di kediaman sendiri.

Dilaporkan masih ramai mangsa berada dalam keadaan kelaparan akibat kesukaran pasukan penyelamat memasuki kawasan mereka. Ada yang sudah kehabisan bekalan makanan sejak enam hari lalu.  Baca lagi di UTUSAN ONLINE

BANJIR: Serbu mesin ATM

Orang ramai mengeluarkan wang di mesin ATM dalam terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini selepas tidak boleh digunakan sejak empat hari lalu. -

Orang ramai mengeluarkan wang di mesin ATM dalam terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini selepas tidak boleh digunakan sejak empat hari lalu. –

Kota Bharu: Dua mesin Pengeluaran Wang Automatik( ATM) di dalam terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini diserbu orang ramai selepas ia boleh digunakan.

Tinjauan Harian Metro mendapati dua daripada tiga mesin ATM itu boleh digunakan sejak 4 petang tadi selepas tergendala sejak empat hari lalu dan orang ramai beratur panjang untuk mengeluarkan wang.

Penduduk, Hashim Azman, 45, berkata, kebanyakan mesin ATM di daerah ini tidak boleh digunakan sehingga orang ramai berdepan kesukaran.

“Saya terpaksa berjimat cermat sebelum ini berikutan tidak boleh mengeluarkan wang.

“Saya bimbang jika berlaku kecemasan,” katanya.   myMetro Online

Skuad Kelantan tetap berlatih

KEADAAN padang di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dijangka pulih sepenuhnya dalam masa dua hingga tiga minggu selepas dilanda banjir.

KEADAAN padang di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dijangka pulih sepenuhnya dalam masa dua hingga tiga minggu selepas dilanda banjir.

FENOMENA banjir buruk yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur terutamanya Kelantan tidak menghalang persiapan pasukan The Red Warriors dalam menghadapi musim baharu Liga Super yang dijadualkan bermula Februari depan.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim memberitahu, pasukan mereka sudah mula menjalani latihan di Kota Bharu bermula semalam dan meneruskan fokus menghadapi saingan liga akan datang.

“Buat masa ini, pemain sudah kembali menjalani latihan selepas diberi pelepasan selama empat hari berikutan banjir yang melanda Kelantan.

“Kami mengharapkan cuaca kembali elok supaya sesi latihan pramusim dapat diteruskan dan segala persiapan tidak lagi tergendala.

“Kami masih lagi kekal berlatih di Kota Bharu selagi keadaan mengizinkan,” katanya ketika dihubungi semalam.   KOSMO ONLINE