Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Mohamad Azmie Zakaria berkata, jumlah tersebut merupakan anggaran awal yang dibuat pihaknya.

Beliau berkata, jabatan itu sedang menunggu laporan penuh daripada warga penternak bagi mendapatkan jumlah kerugian yang sebenar.

“Masih ramai penternak yang tinggal di pusat pemindahan dan ada di antara mereka yang tidak pasti adakah lembu atau binatang peliharaan mereka selamat atau sebaliknya.

“Kami masih dalam proses menyediakan laporan lengkap sebelum jumlah kerugian sebenar diperoleh,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.   UTUSAN ONLINE