KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

ARKIB

3 September 2011

SELAMAT TINGGAL AIDILFITRI,  MUDAH-MUDAHAN BERJUMPA LAGI TAHUN HADAPAN

Lima hari yang lalu,  Aidilfitri bersama kita.  Kita gembira,  ceria  dan  bersyukur menerima kedatangannya.   Kita berasa megah dan bangga bersamanya,  kerana selama sebulan Ramadhan kita telah melalui segala dugaan dan cubaan,  dan kita telah berjaya.  Kita telah dapat menangkis dan mengusir segala dugaan, yang jika kita tidak mempunyai ketabahan dan kekuatan,  kita sudah tentu tersungkur dan rebah.

Dalam masa sebulan kita menjalani ibadah yang diwajibkan,  apakah yang telah kita pelajari … apa pula yang telah kita ketahui rahsia di sebalik perjuangan kita itu.  Dari manakah kita perolehi kekuatan untuk memerangi segala kemungkaran yang dibawa oleh hawa nafsu.   Rasanya jawapan yang logik ialah segala-galanya berada pada diri kita sendiri.  Kita sendiri yang dapat menentukan menang kalahnya.

Sudah lima hari kita tinggalkan Aidilfitri.  Bila menjelmanya sang matahari di wufuk timur pada awal pagi 1 Syawal,  apakah yang kita harapkan.

Kepada kebanyakan kita,  terutama kanak-kanak dan anak-anak muda,  terbukanya pintu rumah kita pada pagi itu mengharapkan kunjungan ramai kaum keluarga, sahabat handai dan rakan taulan.  Sekurang-kurangnya kita mengharapkan ramailah jiran-jiran menjadi tetamu kita,  menjamu selera dengan juadah dan hidangan yang telah kita sediakan.  Biasanya di dalam satu-satu masyarakat yang prehatin dan ingin hidup bermasyarakat,  keadaan ini akan wujud.

Bagaimana pula jika sekiranya,  suasana ini tidak muncul,  apakah yang harus kita lakukan,  terutama jika kita adalah ‘pendatang’ dalam satu-satu masyarakat itu.  Rasanya,  apa yang perlu kita lakukan terserahlah kepada kita sendiri.  Tetapi kita perlulah renungkan semula pepatah yang berbunyi … ‘Hidup bermuafakat,  bagai aur dengan tebing.’

Inilah yang perlu dijadikan asas dalam kehidupan kita hari ini.  Ini jugalah semangat yang dibawa oleh AIDILFITRI.

____________________________________________________________________________________

EDITORIAL:    12 OGOS 2011

Beberapa kali juga telah saya kemukakan pandangan bahawa ilmu pengetahuan amat diperlukan dalam kita menjalani hidup di era pembangunan dan era teknologi hari ini.   Tanpa ilmu pengetahuan maka sudah semestinyalah kita akan ketinggalan,  dan akan sukarlah kita  mencapai kesejahteraan hidup yang kita idamkan.

Ini adalah satu hakikat.  Ini perlu kita amati,  dan ini patut dijadikan asas kepada perjuangan  hidup kita.

Tidak perlu kita pandang jauh untuk melihat keadaan yang dihasilkan dari keadaan ‘tidak berilmu dan tidak berpengetahuan ‘ ini.   Perhatikan sahaja kehidupan di keliling kita.  Perhatikan bagaimana ilmu dan pengetahuan ini telah banyak membantu umat manusia berjuang untuk mara dalam kehidupannya.

Pada satu ketika dahulu,  saya masih ingat lagi,  tidak ramai anak-anak kita melangkah masuk ke ‘menara gading’ atau pusat-pusat pengajian tinggi.   Tidak ramai juga antara kita yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan kecemerlangan anak-anak kita dalam bidang pelajaran dan pembelajarannya.   Ketika itu,  pelajaran yang diperolehi di sekolah sudah mencukupi bagi kita untuk hidup.  Sudah mencukupi jika anak-anak kita dapat memegang jawatan sebagai kerani sahaja.

Hari ini keadaan ini amat nyata telah berubah.   Kita perhatikan,  tiap hari jumlah ibu bapa yang menghantar anak-anak kesekolah dan kemudian mengambil anak-anak itu dari sekolah,  memang ramai.   Bukan itu sahaja,  malah memang ramai juga ibu bapa yang menentukan bahawa anak-anak mereka mendapat pengajian yang secukupnya.  Ini ternyata bila kita lihat mereka menghantar anak-anak mereka  ke pusat-pusat tuisyen.

Ini satu keadaan yang memeransangkan.

Akan tetapi,  bagaimana pula keadaannya di kalangan yang sudah dewasa.   Sudahkah mereka berasa cukup dengan ilmu pengetahuan yang ada pada diri mereka.  Sudah berpuashatikah mereka dengan hasil yang diperolehi dari ilmu yang diperolehi.

Rasanya,  agama kita Islam memang menggalakkan kita menimba ilmu sepanjang hayat,  dan mendapatkan ilmu itu dari mana juga.

Jika kita lihat pada keadaan sekiling kita,  akan kita dapati bahawa memang banyak yang perlu kita capai lagi iatu dalam ertikata ilmu pengetahuan.   Kehidupan   kita hari ini dikuasai dan dipengaruhi oleh ilmu.  Tiap apa yang kita lakukan  mempunyai teknologi-teknologi yang diperlukan.   Teknologi-teknologi ini merupakan ilmu pengetahuan tambahan untuk kita jalani hidup.

Di sinilah nampak kekurangannya.   Pencapaian teknologi-teknologi yang berkait rapat dengan kehidupan kita nyata kurang ditumpukan perhatian.   Ini jika difikirkan,  amat merugikan.   Berjinaklah dengan teknologi,  dan carilah teknologi untuk membawa kesejahteraan dan kebahagiaan kepada hidup kita.

__________________________________________________________________________________________

EDITORIAL:   27 APRIL 2011

Sekarang sudah sampai pada penghujung bulan April. Dua hari lagi bulan Mei pula menjelang tiba. Maknanya kita sudah berada selama empat bulan dan masuk ke bulan kelima tahun 2011. Jumlah hari yang telah kita lalui hingga hari ini kira-kira 120 hari semuanya.

Maknanya sudah banyak masa yang berlalu. Bagaimanakah telah kita manfaatkan masa ini? Berapa banyakkah aktiviti yang berguna dan bermanfaat telah kita lakukan? Dan banyak lagi soalan-soalan yang timbul hasil dari peredaran masa ini.

Mungkin kepada kita yang tidak focus atau mengambil berat terhadap apa yang kita lakukan setiap hari itu, keadaan ini tidak begitu ketara. Mungkin kepada kita yang bersifat demikian, waktu adalah waktu. Mungkin kepada kita, kalau hari ini tidak kita manfaatkan, esok masih ada lagi. Dan kalau kita tidak dapat laksanakan sesuatu yang berfaedah hari ini, kita boleh lakukan esok.

Rasanya sikap seperti ini amat merugikan, tambahan pula terdapat kata-kata pujangga yang berbunyi “Masa itu emas” dan “Masa tidak menunggu kita.”

Hari ini akan menjadi sejarah esok. Kalau tidak kita laksanakan yang patut dilaksanakan hari ini, maka bermakna esok tidak akan tiba, dan pada hari esok kemungkinannya yang perlu dilakukan itu tidak akan dilakukan juga.

Keadaan ini adalah satu keadaan yang amat membimbangkan, terutama kepada kita yang prehatin terhadap keadaan masa depan kita. Kita sendiri yang boleh dan patut menentukan keadaan kita pada hari esok.

Inilah komitmen kita kepada diri kita sendiri.

____________________________________________________________

EDITORIAL:    20 APRIL 2011

Pada satu masa dahulu saya memang minat mengikuti siaran radio. Waktu itu saya masih bersekolah … kira-kira 65 tahun yang lalu. Negara belum pun mencapai kemerdekaannya .. masih di bawah belenggu penjajahan British. Bila radio ‘dihidupkan’, maka saya dan adik-adik saya berhimpunlah di hadapan peti radio yang agak besar juga saiznya. Ketika itu peti radio memang besar jika dibandingkan dengan yang ada hari ini, kerana alat-alat ‘transistor’ belum lagi dicipta.

Kedengaranlah suara lunak penyiar-penyiarnya. Siarannya diterima melalui ‘gelombang pendek’ bukan ‘fm’ seperti hari ini. Saya masih ingat lagi betapa sukarnya siaran itu hendak diikuti secara jelas dan terang … perlulah diputarkan butang-butang pada peti radio itu untuk mendapatkan ‘frequency’ yang lebih jelas siarannya.

Radio ketika itu merupakan sumber utama dan penting untuk mendapatkan berita dan maklumat yang terkini … iaitu selain dari akhbar-akhbar tempatan. Ini semua penting kepada kita yang masih dahagakan ilmu pengetahuan.

Siarannya mengandungi program-program yang benar-benar menemui cita rasa pendengar … iaitu membawakan pendidikan, penerangan dan hiburan. Sememangnyalah kandungan program-program ini telah mendatangkan banyak faedah dan manfaat kepada pendengarnya. Hiburan memang ada, tetapi pada tahap ‘berpada-pada’ … tidak keterlaluan … tidaklah pendengar terikut-terikut dengan ragam atau rentak yang dibawa oleh kisah para penyanyinya.

Hari ini, saya rasa bertuah kerana masih dapat mengikuti siaran radio … dan bolehlah membuat bandingan di antara yang dulu dan yang sekarang. Tetapi apa yang dihidangkan melalui siarannya dirasakan tidaklah selaras dengan keperluan masyarakat yang masih membangun maju, dan masih memerlukan ilmu untuk mengisi kekosongan hidup dan menyediakan diri menghadapi masa depan yang lebih canggih dan mencabar.

Bayangkanlah satu masyarakat yang tidak dibekalkan dengan ilmu … apa akan jadi kepadanya dalam mengharung hidup di zaman sains dan teknologi hari ini dan di masa mendatang. Ini rasanya merupakan satu cabaran yang besar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2016
M T W T F S S
« Jan    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: