KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

RENCANA

SENARAI ARTIKEL PILIHAN DALAM BLOG

September 21, 2012 — Author | Ubah

Untuk memudahkan saudara mengekses bahan-bahan yang terdapat di dalam blog ini sejak mula ia diwujudkan,  kami sediakan di sini satu senarai yang mengandungi bahan-bahan tersebut dengan tarikh ianya dipaparkan.

Senarai ini yang dipaparkan ini mengandungi bahan dan artikel pilihan untuk tatapan atau rujukan saudara.

Sila klik pada tarikh atau tajuk  untuk mengekses artikel.

September 2012

Ogos 2012

April 2012

Oktober 2011

September 2011

Jun 2011

Mei 2011

Februari 2010

Januari 2010

Disember 2009

November 2009

MAKSUD LITERASI

April 23, 2011 — Admin | Ubah

Pada satu ketika dahulu literasi hanya dikaitkan kepada kebolehan menulis dan membaca sahaja. Hari ini maknanya merangkumi berbagai aspek kehidupan. Kalau kita lihat dari segi praktikalnya, literasi membawa erti yang amat luas dan secara langsung melibatkan tiap bidang kehidupan seharian kita.

UNESCO berpendapat: “Literacy is the ability to identify, understand, interpret, create, communicate and compute using printed and written materials associated with varying contexts. Literacy involves a continuum of learning in enabling individuals to achieve his or her goals, develop his or her knowledge and potential, and participate fully in community and wider society (Published in UNESCO, 2005)”

Maksud literasi yang saya petik seperti di atas ini, membawa banyak erti dan makna kepada kita. Ia merangkumi pelbagai bidang dan aspek kehidupan manusia. Dan ia juga merupakan satu jurusan perjuangan hidup kita … yang perlu kita lalui untuk menyediakan diri dalam menghadapi masa hadapan.

Banyak telah diperkatakan mengenai subjek literasi. Dan banyak juga maksud, erti, fahaman dan sebagainya yang telah dibentangkan.
Perkataan literasi itu sebenarnya melibatkan pelbagai perkara.

Ringkasnya literasi adalah kebolehan kita mengenalpasti, memahami, mentafsir, mencipta dan berkomunikasi dalam kehidupan. Literasi juga melibatkan usaha menimba ilmu tiap insan dalam mencapai matlamat hidupnya, membangun dan memajukan pengetahuan dan potensinya, dan mengambil bahagian sepenuhnya dalam kehidupan masyarakatnya. Itulah yang dimaksudkan oleh UNESCO.

Jika kita perhatikan keadaan hidup kita, akan kita dapati bahawa bidang-bidang seperti pendidikan, pertanian, pembangunan keluarga, kehidupan berteknologi, pembangunan insan dan pembangunan tiap lapisan masyarakat itu, adalah antara yang amat diperlukan.

Dan untuk mempertingkatkan literasi kita dalam bidang-bidang ini,
dirasakan amatlah penting meletakkan kehidupan kita antara yang termaju di dunia hari ini. Ini secara langsung akan membawa kita kepada satu keadaan yang menyebabkan kita lebih prehatin kepada apa yang berlaku dan disediakan untuk kita.

Literasi dalam berbagai bidang kehidupan adalah penting. Malangnya kita selalu mengabaikan keadaan ini dan selalulah pula kita mengambil sikap ‘tak ambil kisah’ dalam hal ini. Kepada kita, apa yang ada, dan apa juga keadaan yang terdapat dihadapan kita, sudah mencukupi.

Ini rasanya adalah satu sikap yang merugikan, terutama kepada diri kita sendiri. Kerana ‘literasi’ adalah kehidupan kita.

———————————————————————————————–

KEBERSIHAN … satu Pengertian
Februari 22, 2010 — Admin | Ubah

Banyak telah diperkatakan mengenai perkara ’kebersihan’. Banyak juga andaian yang telah dibuat mengapa keadaan tidak bersih berlaku. Banyak pula teguran yang telah diungkapkan mengapa kebersihan harus dijaga.

Rata-rata kita tahu apakah kebersihan … terutama ini adalah satu dari yang dimestikan dalam kehidupan kita sebagai umat Islam.

Bagaimana pun, ingin saya paparkan di sini satu tulisan mengenai ‘cintakan kebersihan’ yang dipetik dari lamanweb Sekolah Kebangsaan Larkin 1, Johor.

“SAYANGI ALAM SEKITAR (SK LARKIN 1)

Alam sekitar ialah anugerah Allah S.W.T yang mesti kita hargai dan jagai kerana ia mempunyai banyak manfaat. Agama Islam juga menggalakan umatnya supaya menjaga kebersihan alam sekitar kerana Rasulullah juga ada bersabda bahawa kebersihan itu juga separuh daripada Iman.

Kebersihan alam sekitar dapat membantu kita untuk menjalani kehidupan yang sihat dan harmoni. Kita juga dapat menghirup udara yang segar apabila alam sekitar itu bersih. Sekiranya alam sekitar itu, kita akan merasa tidak selesa dan jijik. Kita mungkin akan terdedah dengan pelbagai penyakit seperti kolera, denggi dan sebagainya.

Pencemaran yang terdapat di negara kita sendiri dapat kita lihat samada pencemaran udara, darat dan sungai. Terutama sekali, pencemaran darat di mana banyak sampah-sampah dibuang di tempat-tempat tertentu oleh orang yang kurang bertanggungjawab dan boleh membuatkan negara kita tidak elok dipandang orang terutama sekali dengan kedatangan pelancong.

Kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya tugas pembersih. Orang ramai tidak kira tua atau muda mestilah peka akan kebersihan alam sekitar.Oleh itu, jangan ada yang bersifat tidak ambil peduli kerana kita mesti melakukannya dengan sukarela dan tanamkanlah sifat menjaga kebersihan ke dalam diri disetiap individu masing-masing.

Ada pelbagai cara dan ikhtiar untuk mengekalkan alam sekitar yang bersih, antaranya dengan mengadakan kempen kebersihan secara beramai-beramai dan bergotong-royong. Seperti yang kita tahu, pihak kerajaan juga banyak turut terlibat didalam kebersihan alam sekitar seperti mengadakan kempen dan iklan. Begitu juga dengan memberikan denda ke atas pesalah yang membuang sampah sesuka hati di merata tempat.

Kebersihan alam sekitar itu penting disetiap negara contohnya di negara kita sendiri. Seperti yang kita tahu,pelancong-pelancong suka datang ketempat-tempat yang aman damai terutama kebersihan sesuatu negara itu untuk berehat menghirup udara yang segar.

Oleh itu,dengan adanya kebersihan secara automatik dapat meningkatkan ekonomi negara melalui kedatangan pelancong-pelancong negara asing yang tertarik dengan kebersihan negara kita. Segala masalah pembuangan sampah ini mungkin tidak dapat diatasi sekali gus tetapi ia boleh dikurangkan mengikut peredaran masa dengan adanya sifat bertanggungjawab di setiap individu. SAYANGI ALAM SEKITAR.”

KEMANAKAH DISIPLIN ???
April 12, 2010 — Admin | Ubah

Tiap hari bila saya berada di hadapan pintu masuk sekolah menunggu kepulangan anak-anak saya, maka tiap harilah saya menyaksikan pelbagai ragam dan aktiviti kanak-kanak sekolah, terutama yang termasuk dalam kumpulan berumur belasan tahun, yang menjadikan kawasan tepi jalan di hadapan sekolah itu arena tempat menunjukkan aktiviti ‘special’ dan kebolehan ‘istimewa’ mereka.

Belum pun loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan, sudah ramai yang berada di tepi jalan. Ramailah ibu bapa menyaksikan ‘persembahan’ ini.

Persembahan pertama dalam aturcara ….

Di satu sudut berhampiran gerai menjual minuman … beberapa orang kanak-kanak sekolah … masih dalam pakaian seragam sekolah … berbual … bergelak ketawa … dan mengisap rokok. Rokok agaknya. Tanpa rasa malu dan segan sepuntung rokok bertukar tangan … hinggalah tidak ada lagi yang hendak dihisap. Para penonton … ibu bapa.

Persembahan kedua ….

Kelihatan dua kumpulan remaja … satu masih berpakaian seragam sekolah, dan satu tidak berpakaian sekolah duduk di atas motosikal masing-masing .. berbual dan bercerita. Terdengar saya topik perbualan … bukanlah topik yang harus menjadi perbincangan anak-anak sekolah. Kisah yang ditumpukan perhatian membuatkan bulu roma saya berdiri tegak.

Persembahan ketiga ….

Suasana di tepi jalan yang agak sempit itu … kadang kala sama seperti suasana yang terdapat di gelanggang perlombaan kereta di Sepang. Anak-anak sekolah memecut dengan motosikal mereka ke hulu ke hilir … tanpa mengirakan keselamatan lain-lain pengguna jalanraya. Koreografi yang digunakan sama seperti kumpulan ‘rempit’ yang pernah kita dengar kisahnya dalam akhbar tempatan …. Menonggang dengan laju … seperti menonggang kuda … tidak memakai topi keledar … berjalan bertentangan arus perjalanan lalulintas biasa. Sekali lagi penontonnya ialah ibu bapa dan anak-anak kecil dari sekolah rendah berhampiran.

Apalah halnya ini … mengapakah keadaan ini berlaku … dan haruskah ianya dibiarkan berlarutan?

Di manakah peranan atau kawalan guru-guru sekolah … pengawas-pengawas yang dilantik di sekolah … dan tidak ketinggalan ibu bapa?

Sekolah adalah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan … memulakan pengajian sepanjang hayat .. dan meneruskan usaha kearah pendidikan total. Bolehkah ini tercapai?

UTUSAN MALAYSIA Online:

  • RENCANA: ‘Supaya kita tidak lupa’ – Muhammad Ismail

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir@bakar.utusan.com.my

HARI ini mungkin tiada bererti bagi kita semua yang tidak mempunyai sebarang acara sambutan seperti hari jadi orang tersayang atau mengingati kematian ahli keluarga terdekat.

Namun 1 Mac merupakan tarikh yang amat bermakna serta penuh memori buat seluruh warga dan bekas anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) kerana hari ini merupakan ulang tahun kelahiran pasukan itu yang ke-77.

Apa pentingnya untuk ia diingati serta disambut? Bukan, ia tidak bertujuan mengagung-agungkan sesuatu ketumbukan itu tetapi lebih pada menghormati, menyayangi dan menghargai sumbangan pasukan tersebut mempertahankan bumi bertuah bernama Malaysia.

Lest we forget kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin ketika menjawab soalan wartawan pada sesi wawancara khas bersama media sempena ulang tahun ke-77 TDM baru-baru ini.

Reaksi atau bidalan Inggeris diucapnya yang bermaksud ‘supaya kita tidak lupa’ itu sebenarnya merujuk pada sambutan ‘suram’ generasi zaman ini terhadap perkhidmatan TDM atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara amnya.

Tidak dinafikan, sambutan generasi muda atau juga dilabel sebagai generasi x, y dan z terhadap perkhidmatan ketenteraan atau badan keselamatan beruniform lain dilihat semakin berkurangan.

Malahan, ada juga pendapat mengatakan generasi ini semakin melupakan sejarah sehingga tidak timbul langsung semangat patriotik dalam diri masing-masing.

Selain kurangnya minat dalam hal sejarah dan ketenteraan negara, golongan muda era ini juga dilihat lebih selesa mengamalkan budaya Barat.

Buktinya, pada 15 Februari lalu, terpampang laporan di dada-dada akhbar utama negara mengenai lebih 50 individu Islam yang ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam operasi cegah maksiat sempena sambutan Hari Valentine, sehari sebelum itu.

Jelas sekali, tarikh 14 Februari yang ‘diwartakan’ sebagai hari memperingati kekasih dalam budaya Barat itu telah menular dalam masyarakat negara kita.

Sedarkah mereka atau kita sendiri mengenai ikon ketenteraan negara, Leftenan Adnan Saidi yang dibunuh tentera Jepun ketika mempertahankan Tanah Melayu di Bukit Chandu (Singapura) pada tarikh keramat itu?

Namun, sebagai orang nombor satu TDM, Muhammad Ismail langsung tidak menunjukkan kekecewaannya terhadap situasi penerimaan orang awam terhadap perkhidmatan itu sekarang.

”Ini normal untuk manusia. Kita telah lama berada dalam ‘mode’ aman. Anda belum melihat mayat manusia di hadapan anda, kereta api diletupkan. Sekarang kita boleh makan apa yang kita mahu.

”Kita juga boleh pergi berkelah. Kita tak terasa kesusahan di masa dahulu. Dulu nak bergerak susah kerana sekatan jalan raya di mana-mana dan ada perintah berkurung yang melarang kita keluar sesuka hati pada waktu malam,” jelasnya panjang lebar.

Namun menurutnya, satu pendekatan perlu diambil semua pihak bagi mengingatkan rakyat tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh anggota-anggota keselamatan dalam tujuh dekad lalu.

”Bukan saya, bukan staf saya. Saya tidak mahu menyentuh lebih, nanti kita sensitif pula tetapi,lest we forget,” ulangnya.

Dalam perkembangan berkaitan, tegas beliau, TDM kini terus melipat gandakan usaha bagi memastikan keselamatan aset dan senjata dalam inventorinya terjamin.

“Ingin saya tegaskan di sini tempat simpanan senjata kami selamat, bukan tidak selamat. Kita ada prosedur yang ketat perlu diikuti oleh anggota yang hendak bawa keluar senjata.

“Selain daripada itu, TDM mungkin akan menggunakan teknologi biometrik seperti menggunakan cap jari dan ujian imbasan mata (eye print) untuk anggota yang memohon untuk keluarkan senjata.

Beliau menjelaskan, sistem biometrik itu juga berupaya menyahaktifkan senjata yang tidak dipulangkan ke stor simpanan sekiranya ada anggota yang tidak berbuat demikian tepat pada masanya.

Bagaimanapun sistem tersebut akan diuji dalam satu projek perintis terlebih dahulu di beberapa buah kem TDM yang baru dibina.

“Jika program tersebut berjaya, barulah ia akan diguna pakai di semua kem TDM. Namun perlu diingat harga untuk mendapatkan teknologi yang canggih seperti ini bukan murah, jadi kita perlu melihat pada peruntukan yang diberikan,” katanya.

Dengan semua sistem dan prasarana yang diberikan kepada TDM, Muhammad Ismail berharap semua anggotanya dapat melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin.

“Sebagai anggota tentera tidak kira pegawai atau lain-lain pangkat, mereka seharusnya menggunakan sistem dan prasarana sedia ada. Inilah kehendak saya ke atas semua warga Tentera Darat.

“Kita telah diberi amanat yang besar oleh kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dan ini satu amanat yang tidak boleh kita ketepikan.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua anggota Tentera Darat supaya melaksanakan tugas dan kewajipan kita dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Mengenai sambutan ulang tahun ke-77 TDM hari ini pula, jelasnya, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim akan terlibat sebagai pembantu juruterbang dalam salah sebuah helikopter yang akan melakukan lintasan hormat.

Katanya, anakanda ketiga Sultan Johor yang ditauliahkan dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu telah menjalani latihan penerbangan asas dan penerbangan pengubahsuaian sehingga melayakkannya menjadi pembantu juruterbang dalam pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Dengan tema ‘Tentera Darat Mendokong Aspirasi Rakyat Dan Kedaulatan Negara’, perkhidmatan itu diseru supaya tidak jemu untuk terus bersemangat mempertahankan keselamatan daratan tanah air.

BERITA HARIAN Online:

  • Minda Pengarang: Melayu mesti bersatu untuk pertahan politik, sosioekonomi

PADA 1 hingga 4 Mac 1946, kongres membabitkan 47 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Keputusan besar kongres itu ialah Malayan Union mesti ditentang kerana penubuhannya oleh kolonial Inggeris dilihat menghina Raja-Raja Melayu ke tahap hampir sama dengan penghulu mukim. Pada 27 Februari, kelmarin di tempat sama, wakil 76 NGO Melayu dari seluruh negara berkumpul memintal semangat hampir sama, iaitu mempertahan serta melindungi hak dan keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu serta Islam sebagai agama rasmi Malaysia daripada anasir yang menekan untuk mengganggu gugat. Akhirnya, penubuhan Majlis Perundingan Melayu (MPM) lahir daripada kesedaran serta keinsafan yang menuntut inisiatif supaya NGO Melayu disatukan bagi memastikan geraknya sederap, nadanya seirama dan tindakannya selaras. MPM umpama sebuah ‘konsortium NGO Melayu’.

Sebagai badan yang menaungi kepentingan Melayu dalam pelbagai bidang dan kerangka sosial, MPM wajar memiliki kekuatan tersendiri. Selain mampu berdikari, MPM perlu memiliki dana kukuh sebagai syarat untuk menjadi induk NGO Melayu yang berkesan. Tanpa kewangan serta pentadbiran kukuh, bagaimana MPM mampu menjadi forum menggembleng intelektual Melayu dan menyertai proses pembangunan sosioekonomi serta politik negara. Untuk melahirkan pemikiran, idea, pelan dan tindakan – semuanya memerlukan dana besar yang mesti diurus secara berhemah. Tanpa kekuatan dana dan pentadbiran sistematik akan meletakkan MPM umpama ‘segan hidup, mati tidak mahu’. Akhirnya, semangat yang baru dipupuk dan berkobar-kobar di Kelab Sultan Sulaiman, kelmarin akan padam.

MPM juga mesti dilihat bebas daripada pengaruh dan kebergantungan kepada kerajaan serta imej gerakan politik. MPM perlu memiliki struktur organisasi yang sempurna, berkesan, proaktif dan berwawasan selain berwibawa dalam segala segi. Ia perlu memiliki makmal gerak kerja mengikut sektor supaya setiap isu dan permasalahan mampu ditangani secara fokus. Ketika Melayu memiliki ramai tokoh dalam pelbagai bidang termasuk intelektual, korporat, teknokrat dan agama maka MPM perlu bijak untuk mendekati mereka. Kelompok ini mesti ada peranan mempertahankan bangsa dan agamanya. MPM juga ada peranan, termasuk menyediakan generasi Melayu yang memiliki jati diri teguh serta ada ketangkasan dalam menghadapi hambatan globalisasi yang menagih persaingan sengit dalam segenap bidang. MPM adalah alternatif yang melengkapkan usaha mempertahankan kepentingan dan pembelaan Melayu dalam semua segi. Andai 64 tahun lalu, kolonial Inggeris terpaksa akur kepada tekanan 47 NGO melalui Umno supaya membatalkan Malayan Union dan kemudian dipertanggungjawabkan menuntut kemerdekaan, maka hari ini, MPM yang tertubuh dengan semangat Melayu 1946 diharapkan mampu menangani tekanan komuniti tertentu yang mencabar kepentingan serta maruah bangsa ini seterusnya tidak diganggu gugat lagi.

Tugasan terbaru MPM hadir ke meja bulat bagi membincangkan Model Ekonomi Baru dengan melihat status, kedudukan atau kemungkinan bakal dihadapi orang Melayu dalam arus itu.

BERNAMA.com:

  • RENCANA: Madu Tualang Sama Taraf Dengan Madu Import

Oleh Mohd Azhar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) — Madu secara semulajadi sangat berkhasiat dengan ia mengandungi gula seperti fruktus dan glukos, mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat dan vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.

Oleh kerana inilah madu merupakan satu daripada ramuan penting dalam perubatan tradisional yang diamalkan oleh pelbagai tamadun sejak berkurun-kurun.

Sebelum 1996, pengumpul madu lebah tualang di daerah-daerah di Kedah seperti Padang Terap, Ulu Muda, Sik, Baling, Jerai dan Kubang Pasu menjual hasil yang mereka kumpul dalam botol di gerai tepi jalan serta pasar tempatan.

Dengan penggunaan madu ini terhad kepada penduduk tempatan dan sesekali dibeli oleh perantau yang melalui tempat-tempat ini, jualan tidak konsisten dengan harga jualan antara RM20 dan RM22 setiap kilogram.

Bagaimanapun, pada 1996 semua ini berubah apabila Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menubuhkan sebuah pusat mengumpul dan memproses di Kuala Nerang, Kedah, untuk memudahkan pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan Madu Tualang.

FAMA

Ketua Pengarah FAMA Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz berkata pusat ini adalah pusat sehenti bagi pengutip madu di Kedah untuk menjual bekalan mereka.

“Ini mendorong mereka mengumpul lebih banyak Madu Tualang dan sejak itu bekalan meningkat daripada 2 hingga 5 tan sebulan kepada 10 tan sebulan semasa musim kutipan.

“Harga juga telah naik. FAMA kini membayar antara RM58 dan RM60 setiap kilogram bagi Madu Tualang berkualiti premium. Madu ini diproses di pusat FAMA ini dan dipakej di bawah jenama Agromas,” katanya.

Madu ini yang dijual di bawah jenama Agromas Tualang Honey selain boleh dibeli di ‘House of Honey’ di pusat ini, juga boleh dibeli di pasaraya Mydin dan Giant selain daripada Agro Bazaar terpilih di seluruh negara.

Menyedari manfaat kesihatan dan seterusnya potensi pasaran bagi madu, pada 2007 FAMA menderma 1.36 tan Madu Tualang kepada Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tujuan penyelidikan.

MANFAAT KESIHATAN DARIPADA MADU

Menurut Prof Dr Nor Hayati Othman, Dekan Kajian Sains Klinikal di Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan, keputusan daripada sejumlah 48 kajian menunjukkan Madu Tualang apabila diminum atau disapu pada luka atau lecur di permukaan badan menawarkan pelbagai manfaat perubatan.

“Walaupun kajian ini masih di peringkat awal, keputusan yang menggalakkan ini menunjukkan Madu Tualang mempunyai unsur anti-bakteria dan anti-oksidan yang boleh memperlahankan pertumbuhan sel barah tertentu dan menghalang pembiakan spektrum luas spesis bakteria dan kulat, selain menjadi sumber tenaga segera bagi tubuh,” katanya.

Madu merupakan penawar berkesan bagi masalah sistem penghadaman kerana ia menggalakkan kesihatan usus dan buah pinggang.

Madu boleh dihadam dengan mudah kerana molikul gulanya yang kompleks mudah ditukar kepada molikul gula yang lebih mudah. Oleh itu, ia tidak merengsa lapisan pengalas sistem penghadaman dan sebaliknya melegakan perut.

Nor Hayati berkata madu merupakan satu keajaiban semulajadi.

“Ia dengan sendiri makanan yang lengkap. Sebagai pengguna madu sejak 25 tahun yang lepas, saya sangat percaya dengan manfaat Madu Tualang,” tambah beliau.

“Madu Tualang turut mengandungi beberapa elemen positif yang tidak terdapat pada madu yang diimport,” kata beliau.

USM merupakan universiti penyelidikan pertama di Malaysia menjalankan penyelidikan menyeluruh akan manfaat kesihatan bagi madu.

Dalam mengiktiraf usaha-usahanya, universiti ini menerima geran RM1 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menjalankan penyelidikan lanjut akan subjek itu.

Shariff berkata FAMA akan terus membekalkan Madu Tualang kepada USM bagi tujuan penyelidikan.

— BERNAMA

One comment on “RENCANA

  1. Lori
    Mac 13, 2013

    Having read this I thought it was really informative.
    I appreciate you spending some time and effort to put
    this article together. I once again find myself spending a significant amount of
    time both reading and posting comments. But so what, it was still worthwhile!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2016
M T W T F S S
« Jan    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: