KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

SEJARAH

SEJARAH NEGERI KELANTAN

 Saya sedang berusaha membuat kajian dan penyelidikan untuk mengumpul segala maklumat,  data dan fakta,  yang relevan mengenai sejarah Negeri Kelantan Darul Naim.   Sumber-sumber yang dikenalpasti adalah yang kredibel  dan sahih serta resmi.  Ini adalah penting supaya apa yang terkandung di dalam halaman SEJARAH dalam lamanweb ini boleh dijadikan sebagai sumber yang utama,  boleh dipercayai dan tidak boleh dipertikaikan mengenai bahan-bahan yang akan terkandung di dalamnya.

Sementara usaha ini dilaksanakan,   saya telah pun memperolehi sedikit tinjauan terhadap sejarah Negeri Kelantan ini,   dari Wikipedia iaitu sebuah ensiklopedia bebas di dalam Internet.   Kandungannya adalah sebagai usaha mengenalkan sejarah negeri ini,  secara sepintas lalu.

Di bawah ini saya turunkan bahan tersebut untuk tatapan saudara.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sejarah Malaysia
Sebahagian daripada siri Sejarah Malaysia
History merdeka.jpg
Prasejarah Malaysia (40,000-2,000 SM)
Gangga Negara (abad ke-211)
Langkasuka (abad ke-214)
Pan Pan (abad ke-35)
Srivijaya (abad ke-31400)
Kedah Tua (1136 -???)
Majapahit (12931500)
Kesultanan Melaka (14021511)
Kesultanan Johor (1528-kini)
Perang Saudara Jementah (1879)
Persekutuan Pattani Besar (16031785)
Raja Putih (18411946)
Malaya British (18741946)
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (18261946)
Perang Kelang (18671874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (18951946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-191946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Borneo Utara (18821963)
Penentangan Mat Salleh (18961900)
Perang Dunia II (19411945)
Perang Tanah Melayu (19411942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (19421945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Malayan Union (19461948)
Persekutuan Tanah Melayu (19481963)
Darurat Tanah Melayu (19481960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Hari Kemerdekaan (1957)
Persekutuan Malaysia (1963-kini)
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma’unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
 

Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Kumar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Kumar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Kumar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada maharaja China itu.

Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Negeri Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginga Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Negeri Kelantan telah menjadi masyhur sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M, Raja Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).

Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran “Sultan Gombak”. Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D’Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.

Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan “Paduka Cik Siti”. Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.

Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahanRaja Sakti 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.

Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.

Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.

Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah “kerajaan mahligai” dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).

Raja Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah putera Raja Petani (Wan Daim) yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahndanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan memerintah di Sening dekat Jembal.

Long Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long Bahar dengan Raja Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Getting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pendak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.

Kemudiannya pada 1758M, Long Pendak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pendak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletuskan peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dengan Long Gaffar, putera kepada Raja Reman di Hulu Perak. Dalam peperangan pada 1762M, Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. bagi mengenang jasa Long Gaffar yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan Negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.

Isi kandungan

Raja Kelantan Berketurunan Long Gaffar

  1. Long Gaffar
  • Bermula pada 1750-an selepas Perang Kota Kubang Labu II
  • Mangkat pada awal 1780-an
  1. Long Seri
  • Pada masa pemerintahannya Patani jatuh ke tangan Siam (1785)
  • Mangkat pada usia 137 tahun
  1. Long Demor
  • Pemerintahannya berpusat di Jeram
  1. Tengku Chik Pandak
  1. Engku Besar Tun Ahmad
  • Bermula ketika kemasukan pengaruh Inggeris
  • Tamat selepas peristiwa Pemberontakan Tok Janggut pada tahun 1915
  • Kemudiaannya berhijrah ke Kota Bharu Reman

Long Gaffar menguasai Kelantan (ketika itu dipanggil “Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang). Setelah menang perang iaitu perang Kota Kubang Labu 1. Perang tersebut berlaku selepas raja Kota Kubang Labu (dari keturunan Jembal) yang bernama Long Pandak membunuh isterinya yang merupakan puteri Raja Legeh (Narathiwat sekarang).

Puteri tersebut bernama Puteri Neng Mas(Tengku tengah adik Long Deraman) adalah juga merupakan sepupu Long Gaffar dibunuh kerana dituduh berzina dengan Long Gaffar kerana memiliki “kain Cindai” yang bernama “Cepa Melaka” yang dimiliki oleh Long Gaffar. Sebenarnya kain cindai tersebut dipinjamkan oleh Long Gaffar semasa lawatannya ke Kota Kubang Labu, kebetulannya pada masa ketiadaan Long Pandak. Puteri Neng Mas telah dibunuh dengan kejam, dimana mayatnya telah dibelah perut dan diikat di atas belakang gajah yang bernama “Neng Malai” yang dihadiahkan oleh oleh Raja Legeh. Peristiwa inilah yang membangkitkan kemarahan Raja Reman dan Raja Legeh.

Gelaran “Long”

“Long” berasal dari perkataan “sulong” iaitu anak sulung. Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu, anak sulong dipanggil “long”, “kak Long” atau “abang long”. Sudah menjadi adat dikalangan raja-raja Melayu pula, putera sulung mereka akan mewarisi takhta. Jadi Long Gaffar adalah putera sulong Raja negeri Reman (yang terletak di Yala, Selatan Thailandhingga Hulu Perak sekarang).

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan “Long” itu berasal daripada perkataan Siam “Luang” yang bererti “Putera”. Ini berasaskan hakikat bahawa semua anak-anak lelaki diberi pangkal nama “Long” tanpa mengira sama ada anak sulung atau tidak. (Ini berbeza dengan Long Jaafar di Perak kerana adiknya ialah Ngah Ibrahim). Anak-anak perempuan diberi pangkal nama Tuan di Kelantan, atau “Nan” atau “Nang” di Terengganu (dipercayai dari perkataan “Nae” bererti “puteri’ dalam bahasa Siam).

Keturunan Raja Jembal

AImarhum Haji Nik Mat bin Raja Banjar adalah daripada keturunan Raja Jembal yang memerintah negeri Kelantan dalam kurun ke- 16. Keturunan Raja Jembal ini masih ramai lagi di negeri Kelantan, terutama sekali di Kedai Lalat, Pulau Melaka dan beberapa buah kampung lain di dalam jajahan Kota Bharu.

Sejarah Raja Jembal telah ditulis oleh Almarhum Dato’ Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud bin Nik Ismail (ayah Dato’ Nik Ahmad Nik Kamil) sebelum Perang Dunia Kedua. Buku sejarah Raja Jembal yang ditulisnya telah dijadikan buku bacaan ilmu sejarah bagi sekolah-sekolah Melayu di Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua.

Antara ahli kerabat Raja Jembal yang terkenal ialah Puteri Saadong, anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di bahagian Hulu Kelantan pada waktu itu.

Asal-usul atau salsilah keturunan Raja Jembal ini bermula daripada seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja Bersiong yang telah singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kedai Lalat, kira-kira 10 kilometer dari Kota Baharu. Raja Bersiong ini dikatakan membawa dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan seorang lagi bernama Tuan Puteri Mani Kemian. Ada cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu berasal dari ‘buluh betung’ dan Tuan Puteri Mani Kemian itu terbit dari ‘buih’. Dan ekoran daripada cerita dongeng itulah menyebabkan anak cucu Raja Jembal tidak memakan sayur buluh betung yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu sejak dulu hingga sekarang.

Tetapi fakta tentang cucu-cicit Raja Jembal zaman sekarang sudah dikaburi dengan cerita yang dianggap dongeng dan sudah tidak percaya lagi dengannya. didapati kini tiada lagi keturunan Raja Jembal itu yang percaya dengan dongeng yang mengatakan asal-usul nenek moyang mereka dari buluh betung dan buih.

Cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu keluar dari buluh betung dan Tuan Puteri Mani Kenilan itu keluar dari buih hanyalah rekaan dan khayalan penulis sejarah yang tidak begitu arif tentang sejarah dan salasilah Raja Jembal. Walau bagaimanapun, dikatakan terdapat wasiat daripada Raja Bersiong yang tidak membenarkan anak cucunya memakan sayur buluh betung dan tidak membenarkan anak cucunya membuat alat-alat rumah atau alat-alat pertanian dan lain-lainnya daripada buluh betung. Anak-anak cucu Raja Jembal juga tidak digalakkan memakan sejenis ikan bernama ikan sekacang.

Sejarah keturunan Raja Jembal itu bermula daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua duanya anak angkat Raja Bersiong. Setelah kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti telah dilsytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan beberapa daerah lain di Kelantan. Hasil daripada perkahwinan Raja sakti dengan Puteri Mani itu lahirlah Raja Loyur, Raja Omar, Raja Bahar dan beberapa orang putera dan puteri lagi.

Keturunan Raja Jembal yang ada sekarang ini ialah cucu cicit kepada Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian itu. Menurut Cikgu Tuan Mat, pemerintahan Raja Jembal di Kelantan berakhir setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung (puteri Sultan Omar) pada tahun 1725. Setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung satu rebutan kuasa telah berlaku antara puteranya iaitu Raja Abdul Rahman dengan adindanya, Raja Pah (adik Raja Kecil Sulung yg bernikah dgn Long Bahar Datuk Pengkalan Tua putera Raja Patani).

Akibat daripada perebutan kuasa itu, Raja Abdul Rahman tersingkir daripada takhta pemerintahan keturunan Raja Jembal ini dan suami kepada Raja Pah, Tuan Besar (atau lebih dikenali sebagai Long Bahar) mengambil alih pemerintahan daripada keturunan Raja Jembal. Perpecahan telah berlaku dalam kerabat keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar (Long Bahar) yang mengambil alih pemerintahan itu berasal dari Patani.

Sepatutnya Raja Abdul Rahman yang mewarisi takhta bagi meneruskan kuasa keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar atau Long Bahar itu bukan daripada keturunan Raja Jembal. Walaupun pemerintahan Raja Jembal telah berakhir, namun kesan sejarahnya masih wujud dengan adanya makam Raja Loyor, makam Raja Omar dan makam Raja Bahar yang telah dibaiki dan dibina semula oleh pihak Muzium Negara dalam tahun 1970an. Makam-makam ini terletak di sekitar Kedai Lalat.

Sebuah sekolah menengah di Kedai Lalat telah diberi nama Sekolah Menengah Raja Sakti dan sebuah sekolah rendah di pekan yang sama diberl nama Sekolah Kebangsaan Raja Bahar.

Dikatakan yang kerabat keturunan Raja Jembal kini berada di sekitar Kedai Lalat, Pulau Melaka, Sering dan di daerah-daerah lain di Kelantan dan masih lagi menggunakan bahasa diraja atau bahasa istana dalam pertuturan antara sesama mereka. Perkataan ‘ku’, ‘patik’, ‘kanda’, ‘bonda’, ‘ayahanda’, ‘berangkat’, ‘cerat’, ‘mangkat’ dan sebagainya masih digunakan oleh keturunan Raja Jembal walaupun kini mereka hanyalah rakyat biasa yang tinggal di beberapa buah kampung di Kelantan. Ini bererti bahawa pengaruh diraja dan istana masih tebal di kalangan cucu-cicit Raja Jembal yang masih hidup sekarang walaupun mereka telah dipisahkan dari istana sejak tiga abad yang lalu.

Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal telah pun ditubuhkan dan mendapat restu daripada Persatuan Kerabat Diraja Kelantan. Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal sekarang diketuai oleh Raja Mahmud bin Raja Mamat, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan dan Naib Ketuanya ialah Cikgu Tuan Mat bin Raja Kechik.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat juga telah dilantik sebagai penasihat kepada Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal ltu. Pihak Kerabat Diraja Kelantan telah diberitahu tentang perlantikan itu. Ini tidak bermaksud untuk mengulas secara panjang lebar tentang kisah dan sejarah Raja Jembal, tetapi hanya sekadar untuk mengaitkan serba sedikit riwayat tentang datuk nenek Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan keluarganya sebagai berketurunan daripada Raja Jembal yang masyhur dalam sejarah negeri Kelantan. Datuk sebelah bapa kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz masih lagi menggunakan panggilan ‘raja’, iaitu Raja Banjar.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengingati suatu perkara tentang almarhum datuknya ini. Raja Banjar bukanlah orang kaya walaupun memiliki banyak tanah. Mengikut Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, datuknya suka merantau meninggalkan rumah sehingga satu atau dua minggu. Apabila beliau pulang, dikerjakannya tanah dengan menanam kelapa dan getah secara bersungguh-sungguh bagaikan menggantikan masa kerjanya yang telah terbuang disebabkan merantau itu.

Kekaburan Sejarah Kelantan

Terdapat pihak yang mengatakan terdapat penyelewengan yang berkaitan dengan fakta sejarah negeri ini. Pendedahan yang telah dibuat menyebabkan ada pihak yang terasa. Penyelewengan itu dikatakan bermula dengan terbitnya buku “Ringkasan Cetera Kelantan” oleh Dato’ Perdana Menteri Nik Mahmud Bin Ismail sebelum tahun 1950-an. Penyelewengan fakta ini dipercayai dilakukan secara terancang dan berterusan ini terbukti dengan terbitnya buku terbaru sejarah Kelantan iaitu “Iktisar Sejarah Kelantan” yang kemudiannya diiklankan di dalam majalah “Pengasuh” keluaran MAIK.

Dikatakan, ramai yang tidak menyedari bahawa selepas kejatuhan “Kota Lubang Kubu” akibat Perang Kota Lubang Labu II pada tahun 1762 di antara Long Mohamad yang memerintah Kota Lubang Labu dengan Long Gaffar (Long Gaffar merupakan Raja Muda Negeri Reman dan bukannya anak pembesar Reman seperti yang didakwa di dalam buku di atas), negeri ini kemudiannya telah diperintah oleh Long Gaffar dan keturunannya.

Pusat pemerintahan utama semasa pemerintahan Long Gaffar di Negeri ini ialah di Kota Limbat, Peringat dan pada masa yang sama seorang tokoh iaitu Long Yunus (anak Long Sulaiman) yang merupakan sahabat baik Long Gaffar yang dianggap sebagai adik oleh baginda Long Gaffar. Lalu Long Yunus telah diberikan kuasa memerintah oleh Long Gaffar dari kawasan Pasir Tumbuh hingga ke Padang Garung, dan seterusnya hingga ke Kuala Kemasin dan Di sebelah Baratnya hingga ke Bukit Tanjung (Narathiwat). Walau bagaimanapun, segala keputusan dan kuasa sebenar berkaitan pentadbiran dan kes-kes jenayah adalah terletak di bawah bidang kuasa Baginda Long Gaffar di kota Limbat. Peristiwa ini yang menyebabkan munculnya nama “Kelantan”, yang dikatakan berasal dari perkataan “Negeri yang Dikerat Lintang” antara Raja yang memerintah iaitu baginda Long Gaffar yang berpusat di Kota Limbat dengan Long Yunus dan sempadannya ialah Pasir Tumbuh.

Fakta tersebut dikatakan cuba diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu di Kelantan dengan memutarbelitkan peristiwa (menyatakan Long Yunus yang beri kuasa kepada Long Gaffar) bertujuan bagi memperkecilkan dan seterusnya menghapuskan peranan Long Gaffar dalam lipatan sejarah Kelantan sedangkan dalam perang tersebut, dipercayai Long Gaffar berjaya berperang dan mengalahkan Long Mohamad yang dibantu oleh Long Deraman.

Semasa pemerintahan baginda Long Gaffar dan keturunannyalah, telah terlaksana Hukum Hudud di Kelantan. Di antara tokoh yang terlibat dan menjadi tempat rujukan dan nasihat bagi perlaksanaan hukuman ini ialah Haji Nik Ismail Limbat (Tok Baruh) yang merupakan keturunanan Raja Jambu Patani yang asal. Keturunannya kemudian mengasaskan pondok Bukit Abaldan salah seorang dari keturunannya muncul sebagai tokoh agama yang terkenal iaitu Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal.

Pemerintahan keturunan Long Gaffar di Kelantan berakhir selepas peristiwa pemberontakan Tok Janggut pada tahun 1915 iaitu semasa pemerintahan Tengku Besar Jeram iaitu Tengku Besar Tuan Ahmad yang memerintah di Jeram, Pasir Puteh. Peristiwa yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan keturunan Long Gaffar ini dipercayai mempunyai kaitan dengan keengganan mengiktiraf pengaruh Inggeris dan Siam di negeri Kelantan. Akibat mainan politik penjajah Inggeris dan Siam, para keturunan Long Yunus kemudiannya diiktiraf sebagai pemerintah Kelantan.

 

PENENTANGAN TERHADAP BRITISH DI KELANTAN

Dipetik dari buku   ‘MERDEKA  –  Obor Suatu Perjuangan’ Terbitan:    JABATAN WARISAN NEGARA,  MALAYSIA

Detik awal penentangan terhadap pentadbiran British di Kelantan ialah kebangkitan Tok Janggut menentang British di Pasir Puteh.   Kebangkitan ini lebih dikenali sebagai Perang Tok Janggut yang berlaku di antara  29 April 1915 hingga 24 Mei 1915.

Tok Janggut dilakar dalam sejarah penentangan orang Melayu terhadap British sebagai tokoh pejuang patriotisme yang karismatik kerana beliau boleh menarik pengikut yang ramai.   Antara rakannya yang setia ialah Engku Besar bin Engku Ngah (Kampung Jeram),   Penghulu Adam bin Mat Noh (Kampug Kelubi),   Saleh (Kampung Sareng),  Sulung Tasik (Kampung Kok Berangan),  Ibrahim bin Awang (Kampung Batu Hitam),  Ishak bin Muda atau Sahak Merbol,  Haji Said bin Haji Chik (Kampung Nering),  Sasa (Kampung Tok Berangan),  dan  Tok Janggut Mat Amin (Kampung Gong Garu).

Campur tangan British di Kelantan bermula dengan termetrainya Perjanjian Inggeris – Siam pada tahun 1902 yang membawa kepada perlantikan William Armstrong Graham sebagai Penasihat dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada bulan Julai 1903.   Pihak British telah memperkenalkan sistem percukaian yang begitu asing kepada penduduk tempatan.   Selain daripada cukai kepala,  rakyat jelata termasuk pembesar-pembesar perlu membayar cukai tandan kelapa,  cukai junjungan sirih  dan  cukai tanah mengikut kelas.   Setiap bidang tanah sama ada dikerjakan atau tidak,   dan ada hasil atau tidak,  wajib dibayar cukai.   Sistem cukai ini bercanggah dengan amalan biasa dan pembesar-pembesar hilang keistimewaan mereka.

Ketua Jajahan yang dilantik British,  Encik Latiff,  bukan orang tempatan tetapi didatangkan dari Singapura,   dan kurang menggunakan budi bicara apabila berhadapan dengan orang tempatan yang ingin membayar cukai.   Malahan beliau tidak dapat menyesuaikan kaedah pentadbirannya dengan sikap dan minda masyarakat setempat.   Beliau terlalu keinggerisan dan tidak suka bercampur dengan orang Melayu tempatan.

Pada tahun 1915,  berlakulah  Perang Tok Janggut yang dipimpin oleh Tok Janggut  (nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas)  dan rakan setianya.   Pada 28 April 1915,  Encik Latiff,  Pegawai Daerah Jajahan Pasir Puteh mendapat berita bahawa Tok Janggut mengatur strategi untuk menyerang Pasir Puteh.   Pada 29 April 1915,  Tok Janggut mengadakan mesyuarat di Kampung Tok Akib.   Antara mereka yang hadir ialah Tok Janggut,  Penghulu Adam,  Haji Said  dan Che Sahak Merbol.   Mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan British.   Mesyuarat ini juga bersetuju memulaukan pembayaran hasil dan menyerang pekan Pasir Puteh.

Sementara itu,  Andul Latiff,  pegawai daerah Pasir Puteh telah mengarahkan Sarjan Sulaiman  (Che Wan)  dengan beberapa orang mata-mata menangkap Tok Janggut.   Pertengkaran berlaku antara kedua-dua pihak  dan  berakhir dengan Sarjan Che Wan ditikam oleh Tok Janggut.   Mata-mata lari menyelamatkan diri dan membuat laporan kepada Abdul Latiff.  Ketegangan yang wujud di Pasir Puteh ini menyebabkan Encik Abdul Latiff dan kakitangan kerajaan mengundurkan diri ke Kota Bharu.   Peristiwa pembunuhan ini mencetuskan penentangan bersenjata rakyat Kelantan di Jeram.

Encik Latiff cuba bertindak dengan menghantar pasukan mata-mata untuk menangkap Tok Janggut,  tetapi berpatah balik ke Kota Bharu dengan menaiki bot melalui Kuala Semerak apabila mendapat berita bahawa Tok Janggut dan pengikutnya sedang bergerak untuk menyerang Pasir Puteh.

Angkatan Tok Janggut serta pejuang-pejuang yang lain,  iaitu Engku Besar Jeram dan Penghulu Adam serta Che Sahak Merbol  melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh.   Mereka tinggal di Pasir Puteh selama  3 hari.   Mereka membakar pejabat kerajaan,  menawan balai polis  dan  merosakkan bangunan kerajaan,  rekod  dan  melepaskan orang salah.   Engku Besar Jeram Tuan Ahmad dilantik sebagai pemerintah atau Raja Jeram,  dengan Tok Janggut sebagai Perdana Menteri serta dibantu oleh Haji Said  dan Che Sahak Merbol  sebagai Pegawai Daerah.   Mereka menubuhkan kerajaan sementara di Pasir Puteh.

Penasihat British Kelantan,  W. Longham-Carter, meminta bantuan tentera dari Singapura.  Pasukan bantuan di bawah Leftenan Kolonel C.W. Brownlow  dengan kapal  S.S. Kaka dan pasukan di bawah Kapten Marryat dengan H.M.S Cadmus tiba di Tumpat, Kelantan pada 5 Mei 1915.   Bantuan tambahan Malay States Guides tiba dengan kapal S.S. Calypso pula tiba pada 12 Mei 1915.   Pasukan British ini mara ke Gunong pada 5 Mei 1915,  seterusnya ke Bukit Jawa pada 8 Mei 1915  dan tiba di Pasir Puteh pada 9 Mei 1915.   Pasukan ini tidak menerima sebarang tentangan kerana Tok Janggut dan penyokongnya telah pun meninggalkan pekan Pasir Puteh untuk menyelamatkan diri dan berundur ke dalam hutan.

Sultan Kelantan dengan nasihat Penasihat British,  menurunkan tandatangan pada surat perisytiharan memaklumkan lima orang pemimpin iaitu Tok Janggut,  Engku Besar Jeram Tuan Ahmad,  Penghulu Adam,  Che Sahak Merbol dan Haji Said supaya menyerah diri dalam tempuh tujuh hari dan sekiranya ingkar,  rumah mereka akan dibakar.  Hanya Penghulu Adam telah menyerah diri.  Rumah Tok Janggut,  Haji Said  dan  Sahak Merbol dibakar.

Pada 23 Mei 1915,  pihak perisikan British mendapat maklumat bahawa Tok Janggut dan penyokongnya akan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh pada 24 Mei 1915.    Pasukan British terdiri daripada 50 orang Sikh dan tujuh orang Eropah di bawah Mejar Borton mara ke Jeram iaitu tempat berkubu Tok Janggut dan para pengikut pada 24 Mei 1915.   Pertempuran kemudiannya berlaku antara kedua-dua belah pihak di Kampung Dalam Pupuh. Tok Janggut dilaporkan terkorban manakala Engku Besar Jeram Tuan Ahmad yang mengalami kecederaan di paha diselamatkan oleh Awang Deraman dan dibawa ke Reman,  Selatan Thailand.   Mayat Tok Janggut diarak keliling Pasir Puteh,  lalu dibawa ke Kota Bharu dengan kereta lembu.   Di Kota Bharu,  mayatnya diarak pula sekeliling bandar kemudiannya digantung dengan kepala ke bawah di Padang Bank atau Padang Merdeka,  sebelum dibawa ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.

Dengan terkorbannya Tok Janggut di medan tempor di Jeram,  gerakan menentang British di Kelantan menjadi suram seolah-olah kehilangan hala tuju.   Tokoh seangkatan Tok Janggut juga menyepi tetapi semangat perjuangan mereka menjadi iktibar kepada generasi kini.


13 comments on “SEJARAH

  1. nur
    Jun 19, 2010

    saya nk tau lebih lanjut mnegnai tok janggut ajak org ramai mnntang british sbb mereka nk hapuskan islam di kelntan?bleh anta kt email sy

  2. siti nur shahida bt md saat
    Februari 23, 2012

    boleh terangkan secara lanjut tentang keturunan jamadil al kubra dan kaitannya dengan salasilah kesultanan kelantan..

  3. It is in reality a nice and helpful piece of information.
    I am satisfied that you shared this useful information with us.
    Please keep us up to date like this. Thank you for sharing.

  4. kerisjati
    Februari 26, 2013

    SALAM,

    METOD ISLAM – JIHAD, PERANG DAN REVOLUSI

    Jihad, Perang dan Revolusi untuk Menghapuskan Sistem Pengabdian Manusia Kepada Kuasa Manusia :

    Firman Allah :al-Baqarah 251
    Sekiranya Allah tidak menahan segolongan manusia dengan segolongan yang lain nescaya rosak binasalah bumi ini.

    Firman Allah : al-Hajj 40
    Sekiranya Allah tidak menjatuhkan segolongan manusia dengan segolongan yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan sinagog-sinagog dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah dengan banyak padanya.

    Allah memerintahkan kita supaya melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas sesebuah kerajaan manusia yang kafir seperti kerajaan demokrasi kita ini yang bertujuan untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia. Apabila sesuatu peraturan dan undang-undang manusia itu dikuat kuasakan ke atas manusia di bawah sesuatu kerajaan manusia seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini, itulah ertinya kewujudan sistem PENGABDIAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA yang syirik dan kufur. Manusia yang diperintah menjadi para hamba kepada para pemerintah, manakala para pemerintah itu pula adalah para Tuhan yang mengabdian manusia kepada kuasa mereka di bawah sesuatu kerajaan manusia. Pengabdian manusia kepada kuasa manusia adalah satu penafian dan penolakan terhadap pengabdian manusia kepada Allah sahaja yang merosakkan Aqidah Islam.

    Allah memerintahkan kita agar kita melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas kerajaan manusia yang bertujuan untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia. Inilah Jihad, Perang dan Revolusi dalam bentuknya yang OFENSIF, iaitu menyerang dan memerangi musuh-musuh Islam tanpa terlebih dahulu kita ini diserang dan diperangi yang terkandung dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Jihad, Perang dan Revolusi seperti ini adalah AQIDAH.

    Khalifah Saiyyidina Umar ra telah menyerang, memerangi dan membunuh bangsa Farsi tanpa sebarang kezaliman dan provokasi daripada Raja dan kerajaan Farsi semata-mata kerana Islam menjalankan tanggungjawab untuk membebaskan rakyat Farsi daripada pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan supaya akhirnya mereka itu mengabdikan diri mereka kepada kuasa Allah di bawah kerajaan Allah di bumi Farsi itu sendiri. Rakyat Farsi tidak merayu atau memohon untuk dibebaskan, malah mereka itu kesemuanya bersetuju dan menyokong Raja dan kerajaan mereka, namun peranan dan tanggungjawab kekuasaan Islam itu adalah untuk membebaskan mereka itu daripada belenggu pengabdian manusia kepada kerajaan manusia dengan pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi.

    Sekirannya Khalifah Umar al-Khattab ra tidak melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi dalam bentuknya yang OFENSIF ke atas Farsi dalam peperangan al-Qadisyiyyah itu yang bertujuan untuk menghapuskan sistem kerajaan manusia yang mengabdikan manusia kepada kuasa manusia, akan berlakulah di kalangan umat manusia di bumi Farsi itu KEHANCURAN dan KEROSAKAN yang amat besar.

    Ayat-ayat di atas ini adalah perintah Allah kepada kita yang terdiri daripada seluruh orang-orang yang beriman ini supaya kita menyerang dan berperang tanpa terlebih dahulu kita ini diserang, dicerobohi dan diperangi oleh musuh-musuh kita di atas prinsip untuk MEMPERTAHANKAN kebebasan manusia daripada dizalimi dan dibelenggu oleh sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia. Allah memerintahkan segolongan orang-orang yang beriman supaya menyerang, memerangi dan memberontak terhadap kerajaan demokrasi Malaysia kita ini kerana ianya adalah kerajaan manusia yang kafir, zalim dan fasik yang mengabdikan manusia kepada kuasa manusia agar kita dapat menghapuskan kehancuran dan kerosakan yang besar yang sedang wujud dan berlaku di kalangan umat manusia di bumi Malaysia kita ini.

    Jihad, Perang dan Revolusi untuk Menghapuskan Penindasan :

    Firman Allah: al-Baqarah 193
    Dan berperanglah sehingga tiada lagi fitnah (penindasan) dan jadilah agama untuk Allah.

    Firman Allah: al-Anfal 39
    Dan perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah lagi, dan jadilah agama untuk Allah.

    “Fitnah” dalam ayat-ayat ini adalah dimaksudkan kepada penindasan, iaitu penindasan yang wujud dalam bentuk peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia. Peraturan dan undang-undang ciptaan manusia itu adalah kekufuran, dan setiap kekufuran itu disifatkan Allah sebagai penindasan, kezaliman, ancaman, pencerbohan, kejahatan dan kerosakan kepada manusia di bumi. Kerajaan, pemerintahan dan otoriti Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang mengabdikan manusia kepada sesama manusia adalah satu “fitnah” yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk diperangi. Selagi “fitnah” itu wujud, selama itulah Jihad dan Perang dikehendaki untuk dilancarkan sehingga “fitnah” itu, iaitu kerajaan, pemerintahan dan otoriti demokrasi itu, mengalami kehancuran; dan “jadilah agama untuk Allah”, iaitu sehingga Islam sahaja yang memerintah ke atas seluruh ideologi dan pemikiran yang lain dan ke atas seluruh umat manusia di bumi, Islam dan bukan Islam.

    Ini adalah ayat REVOLUSI, iaitu ayat yang memerintahkan kita supaya MEMBERONTAK dan BERPERANG untuk meruntuh dan menghancurkan kekuataan dan kekuasaan sesuatu kerajaan kufur seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini untuk kemudiannya digantikan dengan agama Islam, iaitu agama yang berkuasa dan memerintah. Perang untuk menghapuskan fitnah serta untuk menghapuskan ketuanan agama yang lain dan untuk menegakkan ketuahanan Islam adalah AQIDAH. Perang di sini adalah dalam bentuk yang OFENSIF, iaitu menyerang dan memerangi musuh-musuh Islam tanpa terlebih dahulu kita ini diserang dan diperangi oleh mereka.

  5. Tengku_R
    Mac 18, 2013

    Boleh emailkan lebih lanjut pergolakan yg berlaku di kelantan sejak tahun 1500. Terima kasih

  6. Matilda
    Mac 19, 2013

    I really believe this amazing post , How To Make Roman Shades “SEJARAH | KELANTAN DARUL NAIM
    – The story of Kelantan”, extremely compelling and it was indeed a very good read.

    Many thanks,Klaus

  7. Tour Package To China
    April 2, 2013

    I visited various websites however the audio quality for audio songs present
    at this web site is in fact excellent.

  8. weather China guilin
    April 3, 2013

    We’re a group of volunteers and starting a new scheme in our community. Your web site offered us with valuable information to work on. You have done a formidable job and our entire community will be grateful to you.

  9. Everyone loves what you guys are usually up too. This sort of
    clever work and exposure! Keep up the fantastic works guys I’ve added you guys to our blogroll.

  10. Thanks for any other great article. The place else may just anybody get that
    kind of information in such an ideal manner of writing?
    I’ve a presentation subsequent week, and I am on the look for such information.

  11. Byron
    Ogos 20, 2013

    Do you mind if I quote a couple of your articles as long as I provide credit
    and sources back to your website? My blog site is in the very same niche
    as yours and my visitors would genuinely benefit from a lot of the information you present here.
    Please let me know if this ok with you. Thank you!

  12. website
    September 30, 2013

    I love it when individuals get together and share thoughts.
    Great site, stick with it!

  13. web site
    Oktober 3, 2013

    I don’t even know how I ended up here, but I thought this post was good.
    I do not know who you are but definitely you’re going to a famous
    blogger if you aren’t already😉 Cheers!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2016
M T W T F S S
« Jan    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: