KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

TEKNOLOGI

MENIMBA ILMU PENGETAHUAN … dan ICT

Ilmu pengetuan … untuk siapa … untuk apa … dan mengapa?

Dari mula manusia hidup bertamadun,   ilmu pengetahuan telah dicari.   Berbagai cara dan kaedah digunakan.   Dan berbagai ilmu telah diperolehi.

Dalam dunia di alaf baru hari ini,   kita sedang berlumba untuk menentukan bahawa kita adalah antara yang mempunyai ilmu untuk hidup,  atau kita ini adalah yang berilmu.   Perlumbaan dan   perjuangan ini akan berterusan,  kerana kita juga sedar bahawa tanpa ilmu kita akan ketinggalan,  dan kita dikalahkah dalam perlumbaan ini.

Melalui pendidikan,   pembelajaran  dan  proses menimba ilmu pengetahuan,  kita akan dapat memenuhi keperluan hidup dengan pengetahuan yang amat diperlukan.  Ini semua kerana usaha mencari ilmu pengetahuan adalah penting dan merupakan satu jihad.

Sejarah pendidikan,   mengikut seorang pengkaji sejarah,  Dieter Lenzen,  president  Freie Universitat Berlin di Jerman,  dalam tahun 1994,  berpendapat bahawa  “pendidikan telah  bermula berjuta tahun dahulu atau pada akhir tahun 1770.”

Namun pendidikan sebagai satu subjek sains tidak boleh dipisahkan dari tradisi pendidikan yang wujud sebelumnya.  Pendidikan ialah satu respon yang logik kepada perjuangan untuk hidup,  dan telah berkembang sebagai satu bentuk budaya hidup … yang dewasa mendidik yang muda dalam masyarakatnya,   dalam ilmu dan kemahiran yang perlu ada padanya ketika itu … dan kemudian diturunkan kepada keturunan selepasnya.

Budaya ini telah melalui perubahan,  dan manusia sebagai satu spesis bergantung kuat kepada cara menyebarkan pengetahuan dengan sistem ini.

Dalam masyarakat pada zaman sebelum datangnya literasi,  penyebaran pengetahuan telah dilaksanakan secara oral,   dan dengan cara mengajuk-ajuk.   Kaedah bercerita begini terus diamalkan dari satu generasi ke satu generasi.   Bahasa oral atau perkataan itu,  telah berkembang kepada bahasa simbul dan kemudiannya bahasa huruf.

Dan manakala budaya ini mengalami evolusi,   dan manusia cuba menyampaikan pengetahuan di luar kebolehan berkomunikasi,  perdagangan,   mengumpul makanan,   peraturan agama dan lain-lainnya,   maka pendidikan secara formal dan persekolahan pun dimulakan.

Mengikut sejarah,   sistem pendidikan dalam bentuk ini bermula di Negara Mesir antara tahun 3,000 dan 500 sebelum Masehi.

Ilmu pengetahuan adalah yang amat diperlukan oleh manusia …  tanpanya manusia terus hidup dalam kegelapan.   Maka itulah pendidikan,  yang menjadi sumber ilmu pengetahuan,  dijadikan agenda utama dalam kehidupan manusia.

Dasar Pendidikan Negara ada menyatakan iaitu   “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,  rohani,  emosi  dan  jasmani,  berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,  bertanggungjawab  dan  berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”

Dan hari ini perjalanan dan perjuangan untuk mencari dan menimba ilmu dipermudahkan lagi dengan ujudnya kaedah berteknologi tinggi ICT  –  Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Rasanya,  kaedah ini perlu dimasyarakatkan … dan perlu dirapatkan di dalam kehidupan tiap insan …. tidak kira siapa dia,  di mana dia tinggal  dan  apakah latarbelakangnya.   Tidak salah jika dikatakan bahawa adalah menjadi hak tiap insan mencari cara dan kaedah untuk menambahkan ilmu pengetahuannya.

Dan pengetahuan ICT dan aplikasinya … adalah satu-satunya jalan kearah mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan hidup dengan ilmu dan pengetahuan.

__________________________________________________________________________________________

TEKNOLOGI,   APAKAH YANG KITA KETAHUI MENGENAINYA

Kalau saya ditanya apakah itu ’teknologi’,  jawapan saya akan berasaskan kepada maknanya mengikut yang terdapat di dalam kamus iaitu  ‘penggunaan pengetahuan sains untuk mempertingkatkan atau memajukan cara hidup manusia,  atau kaedah saintifik yang digunakan dalam sesuatu bidang yang tertentu.

Dan kalau saya rujuk kepada Wikipedia iaitu ensiklopedia bebas pula penjelasan yang saya dapati ialah   “pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk membantu penyelesaian masalah-masalah manusia”Sebagai kegiatan manusia, teknologi wujud sebelum sains dan kejuruteraan. Ia merangkumi pengetahuan manusia mengenai masalah-masalah sebenar dalam reka bentuk alatan, mesin ataupun proses.’

Kemudian kalau saya buat carian lagi di ensiklopedia yang sama,  saya akan mendapat satu penjelasan yang lebih lanjut iaitu seperti berikut:

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan,  mesin,  bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini.  Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki.  Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.’

Itulah ‘teknologi’.  Dan makna serta tafsirannya,  akan berubah berpandukan kepada perubahan pengetahuan  kita.

Hari ini perkataan teknologi selalu disebut-sebut.   Tapi malangnya,   sedikit benar antara kita yang betul-betul memahami apa yang dimaksudkan.  Bukan itu sahaja bahkan ada juga di antara kita yang tidak begitu arif akan faedah dan manfaatnya.   Jadi apa yang sebenarnya kita hadapi ialah keadaan yang diwujudkan oleh masyarakat sendiri,  iaitu pada fahaman kita mungkin dengan menggunakan perkataan ini iaitu ‘teknologi’  kita akan dianggap sebagai antara  yang tergolong dalam kumpulan insan yang berilmu pengetahuan yang luas,  sedangkan sebenarnya ‘teknologi’ itu adalah hanya satu perkataan yang telah kita perolehi dalam kita berinteraksi dengan yang arif mengenainya.  Dan kita pun berasa bangga.

Sedangkan kita sebenarnya tidak faham,  dan lebih jauh kita tidak mengetahui apakah yang dianggap sebagai ‘teknologi’ … jenis atau kategorinya … dan apakah gunanya atau bagaimanakah hendak kita gunakan dalam kehidupan kita.

Ini membawa saya kepada pendapat para ilmuan iaitu pengetahuan atau fahaman yang cetek mengenai satu-satu perkara itu,  adalah membahayakan dan kadang kala akan menyusahkan kita pula.

Jadi yang perlu kita lakukan ialah mengetahui sedalam-dalamnya ehwal teknologi … apakah dianya,  jenis-jenisnya,  faedah atau manfaat darinya,  dan bagaimana hendak kita gunakannya.

Kita ambil satu contoh … teknologi maklumat dan komunikasi atau ringkasnya  ICT  (Information and Communications Technology).  Jika kita teliti maksudnya akan disedari bahawa ICT adalah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat,  bertukar maklumat,  menyediakan maklumat,  berkongsi maklumat,  dan komunikasi pula membawa makna cara dan kaedah kita berhubung antara satu sama lain iaitu untuk tujuan melibatkan diri dalam perkara maklumat tadi.

Dalam hal ini juga,   teknologi ini perlu kita fahami secukupnya,  iaitu sebelum kita cuba menceburkan diri di dalamnya.   Kalau tidak kita akan merugikan masa dan tenaga sahaja.  Mungkin kita berasa bangga,  terutama dalam scenario desa,  bahawa kita menceburkan diri dalam teknologi ini.  Mungkin kira berasa megah kerana kita telah boleh melayari lamanweb-lamanweb dari seluruh dunia.  Akan tetapi bolehkah cuma melayari lamanweb sahaja kita akan mendapat ilmu pengetahuan yang kita cari.   Utamanya,  fahamkah kita apa yang terkandung di dalam lamanweb itu?  Fahamkah kita  bahasa yang digunakan?   Dan banyak lagi.

Yang pentingnya sekarang ialah bahawa teknologi ini,  kita sedari atau tidak,  ialah satu konsep sains … sains untuk mencari,  mencapai  dan mendapatkan maklumat demi melengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan yang boleh membawa kita ke satu penghidupan yang lebih baik di masa hadapan.

Pernah disebut-sebut bahawa zaman kini ialah zaman maklumat.  Segala-galanya dalam kehidupan kita hari ini adalah bersandarkan kepada maklumat atau ilmu pengetahuan.  Tanpa pengetahuan,  atau kurang pengetahuan kita akan ketinggalan.

Pandangan saya ini,  adalah satu pandangan yang praktikal.   Kepada saya,   teknologi ini iaitu teknologi maklumat adalah satu-satunya kemudahan atau kaedah yang membolehkan kita mendapatkan maklumat,  memperkayakan diri kita dengan pengetahuan.

Yang perlu kita lakukan sekarang,  ialah fahamilah sedalam-dalamnya maksud dan tujuan teknologi yang sedang kita hadapi atau yang sedang dibawa kepada kehidupan kita.   Gunakan teknologi ini secara maksima.   Dan faedahnya akan kita nikmati kelak.

____________________________________________________________________________________________

FRI Tanjong Demong berjaya hasilkan kerapu hibrid

Sumber:    Majalah agrobiz,  terbitan Unit Komunikasi Korporat,  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

PUSAT PENYELIDIKAN PERIKANAN (FRI)  Tanjong Demong,  Besut,  Terengganu telah berjaya menghasilkan ikan kerapu hibrid iaitu kacukan antara kerapu harimau dan kerapu kertang yang dimulakan pada awal tahun 2010.

Percubaan pertama dibuat dengan penghibridan antara spesies kerapu harimau  (Epinephelus fuscogutattus)  jantan dan kerapu hijau  (Epinephelus coioides) betina.

Hasil hibrid tersebut mendapati kadar persenyawaan telur yang tinggi iaitu melebihi  90 peratus  dan kadar penetasan mencapai 85 peratus.  Bagaimanapun,  kadar hidup sehingga saiz 2.5 cm adalah rendah iaitu kurang dari 0.5 peratus dan lambat membesar.

Kajian penghibridan telah beralih kepada spesies yang lain iaitu kerapu hariman  (Epinesphelus fuscoguttatus) betina dan kerapu kertang  (Epinesphelus lanceoatus) jantan.

Pemilihan spesies tersebut adalah berdasarkan ciri-ciri fenotip kerapu kertang yang baik seperti cepat membesar dan tahan kepada perubahan persekitaran.

Atas faktor permintaan yang tinggi di pasaran luar negara menyebabkan pusat menjalankan kajian pengeluaran kerapu hibrid antara kerapu harimau (Tiger grouper)  dan kerapu kertang (Giant grouper) ini.

Sebelum menemui kejayaan,  percubaan telah dijalankan empat kali sepanjang tahun 2010 termasuk semasa demonstrasi pada Hari Inovasi pusat ini.

Kejayaan terbaik ialah apabila berjaya menghasilkan benih dengan kadar hidup lima peratus sehingga saiz 2.5 cm dan benih-benih tersebut disimpan bagi kajian seterusnya di peringkat asuhan dan penternakan sangkar.

Kaedah persenyawaan dibuat secara in-vitro,  di mana sperma induk jantang dan telur induk betina disenyawakan secara aruhan.

Apabila induk betina telah sedia untuk mengeluarkan telur,  abdomennya dilurut secara perlahan-lahan bagi mengeluarkan telur kedalam bekas yang kering dan bersih.

Telur itu kemudiannya dicampur dengan sperma kerapu kertang dan dikacau hingga sebati.  Selepas beberapa minit,  telur yang tersenyawa dimasukkan ke dalam tangki air laut untuk perkembangan nya.

Penetasn berlaku di antara 16 hingga 18 jam selepas telur disenyawakan.  Dianggarkan sebanyak 300,000 hingga 400,000 biji telur diperolehi setiap kilogram induk betina.

Harga semasa telur kerapu hibrid mencecah antara RM6,000 hingga RM10,000 per juta biji manakala harga benih yang bersaiz 7.5 cm adalah di antara RM8 hingga RM10 per ekor.

Oleh kerana harga dan permintaan benih yang tinggi di dalam dan luar negara,  aktiviti pengeluaran telur kerapu hibrid diteruskan pada tahun 2011 untuk kegunaan hatceri ikan laut yang berpotensi di samping kajian penambahbaikan kadar hidup sehingga mencapai 10 peratus.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2016
M T W T F S S
« Jan    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: