Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini berkata, negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan beberapa bahagian di Sabah iaitu di Pantai Barat, Kudat, Sandakan dan Tawau.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, menurut jabatan itu.

Justeru MetMalaysia mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya sentiasa mengikuti perkembangan cuaca terkini.

Amaran angin kencang dan laut bergelora iaitu angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang dikeluarkan 4 Januari lepas juga akan berterusan sehingga Jumaat (9 Januari) ini.   UTUSAN ONLINE

Peluang Dermawan Bina Kehidupan Baharu Mangsa Banjir

Pemilik rumah, Nasrul Hasnizan Che Razali termenung melihat rumahnya yang hanyut dan hanya tinggal tapak asal selepas rumahnya hanyut dibawa arus deras air banjir di Kampung Chabang Teming, Kuala Krai.

Pemilik rumah, Nasrul Hasnizan Che Razali termenung melihat rumahnya yang hanyut dan hanya tinggal tapak asal selepas rumahnya hanyut dibawa arus deras air banjir di Kampung Chabang Teming, Kuala Krai.

PETALING JAYA: Dermawan kini berpeluang melihat ke mana hasil sumbangan mereka disalurkan apabila tabung khusus diwujudkan untuk membina kediaman serendah RM35,000 seunit untuk mangsa banjir di Kelantan.

Rumah contoh untuk Projek Perumahan Rakyat Budiman (PPRB) berskala kecil ini akan dibina di antara Jalan Kuala Krai-Gua Musang dan dijangka siap dalam masa sebulan.

Fokus utama adalah untuk membina kediaman baharu di tanah milik mangsa banjir yang rumah mereka rosak teruk atau ranap akibat bencana itu yang keseluruhannya dianggarkan melibatkan lebih 3,000 rumah.

Berdasarkan perancangan, kediaman yang akan dibina hasil sumbangan orang ramai ini berkeluasan 34 x 24 kaki persegi, tiga bilik tidur, bilik air, ruang tamu, dapur dan tempat letak kereta itu akan digerakkan sebaik mendapat lampu hijau daripada kerajaan negeri.   mStar Online

‘Bah Kuning paling sengsara’

RAHIMI Yaacob (kanan) menghulurkan bantuan makanan kepada Minah (tengah) sambil diperhatikan anak bongsunya, Maznah Shafie di Kampung Pasir Tumboh.

RAHIMI Yaacob (kanan) menghulurkan bantuan makanan kepada Minah (tengah) sambil diperhatikan anak bongsunya, Maznah Shafie di Kampung Pasir Tumboh.

Gua Musang: Rezeki dikurniakan Allah SWT kepadanya adalah umur dan kesihatan yang baik meskipun menjangkau usia 118 tahun.

Namun, Minah Mamat dari Chiku, di sini, sama sekali tidak menduga dalam usia sebegitu dia berpeluang merasai tiga banjir terbesar di Kelantan iaitu pada 1927, 1967 dan 2014.

Bagaimanapun, Minah yang mendakwa dilahirkan pada 1897 menganggap banjir Disember lalu paling buruk berbanding dua banjir lagi terutama apabila melihat sendiri bagaimana rumahnya dimusnahkan ‘ombak’ air bah yang digelar penduduk Bah Kuning.

“Mulanya saya ingat 1967 adalah banjir terburuk yang terakhir saya hadapi. Tak sangka pula Disember lalu, saya merasainya sekali lagi, malah yang ini lebih buruk daripada sebelumnya.

“Umur panjang yang Allah SWT kurniakan membolehkan saya bercerita pengalaman menghadapi banjir ini dan saya boleh katakan kejadian lalu yang orang panggil Bah Kuning paling sengsara.

“Saya tidak mungkin lupakan banjir ini selagi nyawa masih ada. Kami hilang segala-galanya, rumah anak bongsu saya musnah dan hanyut begitu saja. Ia sangat memeritkan dan meruntun jiwa,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kampung Jerek, di sini, malam, kelmarin.  myMetro Online

Musim sejuk bakal landa Malaysia

ne_01.1KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.

Fenomena itu akan dialami oleh penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara pada Disember tahun lalu.

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.

“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin   KOSMO ONLINE

UMS gerakkan misi bantuan pasca banjir

KOTA BELUD: Banjir yang melanda kawasan di pantai barat Sabah terutamanya di Kota Belud dan Beaufort mendapat perhatian daripada Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah apabila beliau menggerakkan jentera sukarelawan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat.

Menurut Datuk Harun, sukarelawan yang melibatkan 20 kakitangan dan 80 pelajar UMS ini memulakan misi awal dengan mengumpulkan keperluan asas seperti beras, susu, air mineral dan sebagainya.

“UMS sentiasa bersiap siaga membantu masyarakat yang ditimpa bencana banjir seperti yang berlaku di beberapa kawasan kerana kita turut bertanggungjawab membantu mengurangkan kesukaran yang dialami mangsa banjir,” jelas Harun ketika ditemui di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak, Kota Belud kelmarin.   NEW SABAH TIMES ONLINE