KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

MENARIK

Yang menarik …..

fscn2920Kalau saya ditanya,  apa yang menarik di Kelantan,  saya akan jawab ‘segala-galanya’.   Dari pesisir pantai,  melalui tanah datar yang meriba kawasan sawah padi menghijau luas sejauh mata memandang,  hingga ke pinggiran kawasan bukit bukau yang menjangkau langit mencapai awan memutih..  Semua ini menarik kepada saya.

Kepada yang belum menjejak kaki di negeri Cik Siti Wan Kembang ini .. ‘ever’ … pemandangan ini agak sukar hendak digambarkan.  Mungkin ada yang mengatakan bahawa pemandangan ini agak ‘too good to be true’.   Tetapi inilah hakikatnya.  Keadaan ini adalah seperti yang wujud … tidak sedikit pun ditokok tambah.

Pemandangan di kawasan desa negeri ini,  boleh dikatakan sebagai sinonim dengan pemandangan yang terdapat di lain-lain desa di negara bertuah ini.

Rasanya yang unik dan menarik bukanlah sekadar melihat bangunan-bangunan pencakar langit,  tetapi berada di satu suasana hening,  tenteram dan damai.  Di buai pula oleh tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang segar …  tidak tercemar.  Suasana yang tidak dipengaruhi oleh kisah pemanasan global … udara yang dicemari oleh asap kenderaan yang menjejas kesihatan insan.

Inilah yang menarik … keadaan dan situasi anugerah dari Illahi.

Bangunan pencakar langit tidak pula menghilangkan aura tradisional.

Kalau kita ke bandar pula … walaupun terdapat keadaan yang memacu pembangunan dan membawa kejayaan … tradisi warisan nenek moyang kita terus terpelihara.  Kita sentiasa didakap oleh senyuman dan sopan santun yang mencerminkan keindahan kehidupan di negara ini.   Kalau pembinaan bangunan-bangunan ‘multi storey’ menggambarkan kemajuan,  budaya indah penghuninya menemani kunjungan kita.  Di mana juga kita pergi,  kita disentuh oleh hasil karya insan kreatif di Kelantan … batiknya,  songketnya,  sulaman suteranya, barangan perak dan tembaganya,  yang dipagari oleh barangan keraf kayunya.

Ini yang menarik di Kelantan.  Kits akan paparkan keindahan ini dalam halaman ini nanti.

Tinggalkan komen

BLOG STATS

  • 104,324 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA