KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

EHWAL BANDAR

BANDAR-BANDAR UTAMA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

Ehwal bandar-bandar ini yang terperinci sedang disediakan.   Ia akan dimuatkan di dalam halaman ini dalam masa terdekat.

Bahan-bahan ini akan termasuk lokasi geografi,  profil masyarakat,  ehwal kemasyarakatan dan ekonomi,   tempat-tempat menarik,  tempat-tempat bersejarah,   sejarah dan warisan,   kebudayaan dan keseniannya,  keistimewaannya  dan lain-lain fakta dan data yang difikirkan relevan.

Sekiranya saudara mempunyai bahan-bahan yang difikirkan dapat membantu dalam matlamat dan tujuan lamanweb ini diwujudkan,  silalah kemukakan kepada kami melalui emel:      epcteknologi@gmail.com

Sekian,  dan terima kasih.

KOTA BHARU – BANDAR RAYA ISLAM

PASIR PUTEH

PASIR MAS

KUALA KRAI

TANAH MERAH

TUMPAT

JELI

GUA MUSANG

BACHOK

KETEREH

MACHANG

_______________________________________________________________________________________________

BERITA DARI MPKB-BRI

Julai 14, 2011 — Admin | Ubah

Pembangunan PASIR TUMBOH sebagai Bandar Satelit Islam adalah seiring dengan peluasan kawasan pentadbiranMPKB-BRI.

Pasir Tumboh adalah salah satu pintu masuk utama ke Kota Bharu daripada rangkaian jalan drat melalui Negeri Terengganu.

Dalam konteks ini,  projek Bandar Satelit Islam yang diusahakan oleh pihak MSO Corporation Sdn Bhd selaku kontraktor utama dengan MPKB-BRI sebagai rakan kongsi usahasama ini adalah sebagai gerbang masuk ke Bandar Raya Islam Kota Bharu.

Projek Pembangunan Bandar Satelit  Islam Pasir Tumboh ini melibatkan empat fasa utama dengan anggaran kos projek RM74 juta.

Pembinaan yang bermula pada akhir 2008 ini dijangka akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2014.

Selain daripada masjid dan Pondok Moden sebagai komponen utama dalam projek ini,  pembinaan rumah kedai, bajet hotel, pangsapuri, gerai-gerai serta pasar awam adalah antara pembangunan yang dirancang dalam projek ini,

Pada akhir tahun 2008,  sebanyak 80 unit gerai jualan telah dapat disiapkan dan berjaya menempatkan peniaga-peniaga kecil yang sebelum ini berselerak di tepi jalan-jalan utama Pasir Tumboh.

Kemajuan dapat dilihat dengan baik apabila pada 23 Jun 2011,  Fasa 1 projek ini telah dapat disiapkan sepenuhnya dan satu majlis perasmian dan kesyukuran sempena pembukaan rasmi siap Fasa 1 Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Ahmad Yakob selaku Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Sebanyak 40 unit pemilik rumah kedai Fasa 1 telah menerima sijil kelayakan duduk dari pihak MPKB-BRI di majlis tersebut.  Majlis kesyukuran ii juga telah melibatkan hampir 100 orang dari golongan miskin dan anak yatim dalam menerima sumbangan zakat dari pihak MSO Corporation Sdn Bhd.

Sumber MPKB-BRI

——————————————————————————————————————————————————

KOTA BHARU – BANDAR RAYA ISLAM  (MPKB-BRI)

TAHUN GEMILANG MPKB-BRI

Tahun 2008 dan 2009 mencatat sejarah gemilang bagi MPKB-BRI di mana beberapa anugerah dan pencapaian termasuklah dalam bidang kualiti,  penguruusan  dan  sukan telah dimenangi oleh MPKB-BRI.

Pada Februari 2008 MPKB-BRI telah muncul sebagai Naib Johan Pertandingan Program 5S  Peringkat Kebangsaan dan juga berjaya menjadi juara dalam Pertandingan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) bagi Kategori Teknikal Sektor Awam Negeri Kelantan menerusi Kumpulan Suria.  Ekoran dari itu MPKB-BRI telah menjadi tumpuan lawatan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta seluruh Negara yang datang melawat MPKB-BRI untuk mempelajari Program 5S yang diamalkan.

Pada 12 November 2009 satu lagi sejarah gemilang telah dicapai oleh MPKB-BRI di mana sempena Sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri Kelantan tahun 2009,  MPKB-BRI telah memenangi 4 anugerah iaitu Johan Anugerah Kualiti Darulnaim,  Johan Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik,  Johan Anugerah Khas Krajaan Tempatan dan Naib Johan Anugerah Kualiti Kategori Pihak Berkuasa Tempatan.

Dengan kemenangan tersebut,  MPKB-BRI berjaya menggondol hadiah wang tunai  RM 10,000,  sebuah piala pusingan,  piala iringan dan sijil penyertaan yang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Haji Ahmad Yakob.

Pada 3 November 2009 MPKB-BRI telah muncul sebagai juara  dalam Anugerah Ceria Bahasa kategori Pihak Berkuasa Tempatan Peringkat Kebangsaan di mana YDP MPKB-BRI telah menerima anugerah tersebut di Dewan Budaya Tun Syed Nasir,  Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Kemenangan Anugerah Ceria Bahasa ini adalah berdasarkan kepada kesungguhan pihak MPKB-BRI dalam memertabatkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul di semua papan tanda,  iklan  dan bahan bercetak.

Pada 28 Oktober 2009,  MPKB-BRI sekali lagi telah menjadi juara Pertandingan Hiasan Gerai Cantik sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang berlangsung di Kompleks Kota Darulnaim.

Pencapaian ini semua adalah berkat kerjasama yang mantap di kalangan Ahli-Ahli Majlis MPKB-BRI,  YDP,  Setiausaha  dan  seluruh anggota MPKB-BRI  yang sentiasa berusaha untuk memajukan organisasi mereka.  Di samping itu sokongan yang berterusan dari pihak Kerajaan Negeri juga turut membantu ke arah pencapaian tersebut.

Sumber:  MPKB-BRI

_____________________________________________________________________________________

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN BANDAR KOTA BHARU

Penubuhan Bandar Kota Bharu yang membawa kepada wujudnya Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Eaya Islam,  seperti yang ada hari ini,  sebenarnya telah diisytiharkan secara rasminya oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Muhamad ke II pada tahun 1844.

Bagaimanapun Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang terletak di utara Semenanjung Malaysia, hanya ditubuhkan pada tahun 1928 apabila Bandar Kota Bharu telah dijadikan Kerajaan Tempatan di bawah Undang-Undang ‘The Municipal And Health Enactment 1928’.

Dengan kepesatan pembangunan fizikal dan pertambahan penduduk,  pada tahun 1953,   Bandaran Kota Bharu telah dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran Kota Bharu melalui peruntukan di bawah Seksyen 51(1) ‘The Local Authorities Election Ordinance 1950’.

Lapan tahun kemudian pada tahun 1958 Majlis Bandaran Kota Bharu telah diberi taraf autonomi kewangan sendiri di bawah Seksyen  64 ‘Kelantan Municipal Enactment 1938’.

Pada tahun 1961,  taraf Majlis Bandaran Kota Bharu dikekalkan di mana ia mendapat satu perlembagaan baru yang diberi di bawah  ‘Local Authorities Election Ordinance 1950’.   Bagaimana pun sebelum wujudnya Lembaga Bandaran,  mulai tahun 1986,  Pengurusan Bandar Kota Bharu diletakkan di bawah Pejabat Pentadbiran Bandar Kelolaan Pejabat Tanah.

Malangnya pada tahun 1903,  Pejabat Tanah telah diletakkan di bawah Pentadbiran Pejabat Kerja Raya dan pada tahun 1913,  Pejabat Bandar dikembalikan semula kepada pentadbiran Ketua Pejabat Tanah.     Pada tahun itulah,  Pejabat Bandar mempunyai kakitangannya sendiri yang diketuai oleh Merinyu berama Encik Muhammad dari Singapura.  Lima belas tahun kemudian,  pada tahun 1928 Bandar Kota Bharu telah dijadikan kawasan Kerajaan Tempatan  (Pihak Berkuasa Tempatan)  melalui akta  ‘The Municipal And Health Enactment 1928’ yang mana ia diletakkan di bawah Pentadbiran Pejabat Bandar Kota Bharu di mana  pertamanya berbangsa Inggeris Encik G.S. Rawlingh.

Bagaimanapun,  sebelum wujudnya Lembaga Bandaran Kota Bharu pada tahun 1930 Masihi,  pentadbiran Bandar Kota Bharu telah diletakkan di bawah kelolaan Pejabat Tanah Pertama di Kelantan bermula dari tahun 1844 hingga 1939.

Sebelum itu pada tahun 1927,  penubuhan Majlis Mesyuarat Bandaran yang pertama dilakukan di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Kelantan.  Serentak dengan itu,  pada tahun 1938 Undang-Undang Perbadanan mulai dikuatkuasakan di Bandar Kota Bharu.

Kota Bharu hanya diwartakan sebagai sebuah Bandar pada tahun 1939 di bawah Seksyen 5,  Kelantan Land Code 1938 yang ditadbirkan oleh Lembaga Bandaran Kota Bharu.

Pada tahun 1971,  Majlis Bandaran Kota Bharu telah ditukarkan nama kepada Lambaga Bandaran Kota Bharu di mana perlantikan Ahli-ahli Mesyuarat dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan keluasan kawasan pentabirannya ketika itu 4.4 batu persegi dengan jumlah penduduk seramai 55,124 orang.

Bagaimanapun pada tahun 1978  Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan sekali lagi dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu melalui warta Kerajaan Negeri Kelantan P.U.IS dengan keluasan kawasan pentadbiran 44.65 batu persegi  (134 kilometer persegi) dan jumlah penduduk pada masa itu seramai 186,000 orang.

Serentak dengan itulah,  pemakaian akta 171,  Akta Kerajaan Tempatan 1976 mula dikuatkuasakan di Kawasan MPKB-BRI.

Oleh kerana Bandar Kota Bharu menjadi ibu negeri kepada Kelantan dan antara Bandar yang mengalami Pertumbuhan Pesat di Pantai Timur,  pertambahan penduduk telah meningkat setiap tahun di mana bancian yang dibuat pada tahun 2000 penduduk Kota Bharu berjumlah 400,000 orang dan pada tahun ini,  penduduk Kota Bharu dianggarkan kira-kira 500,000 orang.

Kawasan pentadbiran MPKB-BRI membabitkan tiga kawasan parlimen iaitu Parlimen Kota Bharu,  Parlimen Pengkalan Chepa  dan  Parlimen Kubang Kerian.

Dengan keluasan 44.65 batu persegi itu,  Kawasan pentadbiran MPKB-BRI bermula dari Laut Cina Selatan (utara) hingga ke Kampung Tunjung (di selatan).  Manakala di baratnya bersempadan dengan jajahan Tumpat yang dipisahkan oleh Sungai Kelantan dari Kuala Besar,  Pantai Cahaya Bulan hingga ke Pekan Salor.

Di sebelah timurnya pula bermula dari Jambatan Pasir Tumboh dan Jambatan Wakaf Setan yang bersempadan dengan Jajahan Bachok.

Pada tahun 2005,  Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan permohonan MPKB-BRI untuk memperluaskan kawasan pentadbirannya melibatkan pertambahan kawasan baru dengan melibatkan beberapa daerah di tiga kawasan parlimen iaitu Parlimen Kota Bharu,  Parlimen Pengkalan Chepa  dan  Parlimen Kubang Kerian merangkumi kawasan seluas 211 km persegi.

Kawasan-kawasan berkenaan ialah Daerah Limbat,  Daerah Banggu,  Daerah Sring,  Daerah Kota  dan  Daerah Badang.  Dengan perluasan kawasan berkenaan,  kawasan baru di sebelah timur bermula dari Pekan Pasir Tumboh,  Pekan Binjai dan Kota Jembal.

Pun begitu,  perluasan kawasan di selatan dan barat  tidak berlaku kerana di selatan (Tunjung) ianya bersempadan dengan Majlis Daerah Ketereh dan di barat ianya dipisahkan dengan jajahan Tumpat (Majlis Daerah Tumpat) oleh Sungai Kelantan.

Sumber:  MPKB-BRI.

————————————————————————————————————————————–

Bandar Pasir Puteh

Pasir Puteh adalah kawasan (jajahan) dan bandar di Kelantan, Malaysia. Bandar Pasir Putih terletak di tepi Sungai Semerak, kira-kira 30 kilometer di sebelah selatan Kota Bharu.

Sejarah

Sebelum tempat ini dikenali sebagai Pasir Putih, itu dikenali sebagai Pangkalan Limbungan. Bandar Pasir Putih berasal nama setelah Sultan Muhammad IV berkunjung ke tempat ini. Sultan sangat terkesan melihat pasir putih bersinar sepanjang bantaran sungai. Oleh kerana itu pada tahun 1911, Sultan menyatakan nama tempat ini sebagai Pasir Putih, yang bererti pasir putih. Ini adalah tempat di mana seorang askar Kelantan, Tok Janggut, mengangkat tentera pejuang Melayu untuk menentang pengenalan perpajakan di Kelantan.

Sumber:   Wikipedia, ensiklopedia bebas

———————————————————————————————————————————–


14 comments on “EHWAL BANDAR

  1. Cancer Institute
    Oktober 6, 2011

    I’ve been studying buildings for over 30 years. It is safe to say that this building is the most incredible one on the planet. Visit it once and you will agree with me!

  2. Ella
    Oktober 31, 2012

    Very good website you have here but I was curious about if you knew
    of any forums that cover the same topics talked about here?
    I’d really like to be a part of community where I can get opinions from other experienced individuals that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Thanks a lot!

  3. woodworking projects
    Disember 6, 2012

    Great beat ! I would like to apprentice while you amend your web site, how can i subscribe for a blog web site?
    The account aided me a acceptable deal. I had been tiny bit acquainted of this
    your broadcast provided bright clear concept

  4. covert hypnosis
    Disember 30, 2012

    I’m not that much of a online reader to be honest
    but your sites really nice, keep it up! I’ll go ahead and bookmark your website to come back in the future. Cheers

  5. Aracely
    Januari 28, 2013

    Great post. I was checking continuously this blog
    and I am impressed! Very useful information specifically the ultimate part 🙂 I handle such info much.
    I was seeking this certain information for a very lengthy time.

    Thank you and good luck.

  6. school of medicine
    Februari 6, 2013

    Wow, awesome blog format! How long have you been running
    a blog for? you made blogging look easy. The full
    glance of your web site is magnificent, let alone the content material!

  7. covert hypnosis
    Februari 8, 2013

    I do believe all of the concepts you’ve introduced in your post. They are really convincing and can certainly work. Still, the posts are very short for novices. May just you please prolong them a bit from subsequent time? Thank you for the post.

  8. skin Whitening
    Februari 11, 2013

    Your method of telling everything in this article is actually
    good, every one be capable of effortlessly know it, Thanks
    a lot.

  9. diablo 3 guide
    Mac 1, 2013

    Very shortly this website will be famous among all blogging viewers, due to it’s fastidious content

  10. tattoos designs
    Mac 18, 2013

    Have you ever considered writing an ebook or guest authoring
    on other blogs? I have a blog centered on the same ideas you discuss
    and would really like to have you share some stories/information.
    I know my readers would enjoy your work. If you are even
    remotely interested, feel free to send me an email.

  11. http://allblogz.com/
    Mac 29, 2013

    First off I would like to say wonderful blog!
    I had a quick question in which I’d like to ask if you don’t mind.
    I was curious to know how you center yourself and clear
    your head before writing. I have had trouble clearing my thoughts
    in getting my thoughts out. I do take pleasure in writing
    however it just seems like the first 10 to 15 minutes tend to be wasted just trying to figure out how to begin.
    Any recommendations or hints? Appreciate it!

  12. Baju bayi
    April 1, 2013

    Wow, superb blog layout! How long have you been blogging for? you make blogging look easy. The overall look of your site is excellent, as well as the content!. Thanks For Your article about EHWAL BANDAR | KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan .

  13. tattoo ideas for women
    April 3, 2013

    I’m more than happy to find this website. I want to to thank you for ones time for this particularly wonderful read!! I definitely appreciated every part of it and i also have you book marked to see new stuff in your web site.

  14. external hard drive
    Disember 10, 2013

    Hmm it looks like your website ate mmy first comment (it was super
    long) so I guess I’ll just sum it up what I wrote and say, I’m
    thoroughly enjoying yourr blog. I as well am an aspiiring blog writer but I’m
    still new to everything. Do you have any tips for novice blog
    writers? I’d genuinely appreciate it.

Tinggalkan komen

BLOG STATS

  • 104,325 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA