KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

KEHIDUPAN

RENUNGKAN:   ‘Tidur Bikin Ingatan Kuat dan Tingkatkan Kreativitas’

Sumber:   Jurnal Berita.com (Indonesia)

jurnalberita.com – Manusia menghabiskan sekitar sepertiga dari hidup untuk tidur. Para ilmuwan telah menemukan, bahwa tidur dapat membantu mengkoordinasikan memori dan memperbaikinya, sehingga manusia dapat me-recall atau mengingatnya nanti.

Sekarang, penelitian baru menunjukkan bahwa tidur juga dapat menghasilkan ide-ide baru dan kreatif. Ini terjadi melalui pemilihan ingatan yang terjadi secara emosional dari koordinasi memori otak ketika tidur.

Jessica D. Payne dari Universitas Notre Dame dan Elizabeth A. Kensinger dari Boston College mengatakan, tidur akan mengkoordinasikan sebuah memori yang kuat. Hal ini juga terkait dengan reorganisasi dan restrukturisasi memori otak.

Seseorang cenderung untuk menangkap kondisi atau kejadian yang paling menarik dari segi emosional. Sebagai contoh, jika seseorang ditunjukkan adegan dengan objek emosional, seperti mobil rusak, uang hilang, anjing mati, mereka lebih cenderung mengingat obyek emosional itu daripada, pohon-pohon palem di belakang rumah. Dalam penelitian ini menemukan, bahwa daerah otak yang terlibat dengan emosi dan memori menjadi aktif.

Banyak kesalahpahaman yang mendalam, bahwa ketika kita tidur, otak tidak melakukan apa-apa. Otak tetaplah sibuk. Bukan hanya mengkoordinasikan kenangan, namun juga memilih informasi yang paling menonjol untuk masuk dalam memori. Ini memungkinkan orang untuk mendapatkan ide-ide baru dan kreatif.

Jadi, berikan kesempatan diri anda tidur delapan jam setiap malam. Orang yang mengatakan, mereka akan tidur ketika mereka mati, akan mengorbankan kemampuan mereka untuk memiliki pikiran yang baik. Kita mungkin bisa melakukan kegiatan walaupun kurang tidur, tetapi memiliki efek mendalam pada kemampuan kognitif kita di masa mendatang.

______________________________________________________

Masa berlalu …

Jun 27  2011

Beberapa hari lagi sampailah kita ke penghujung bulan Jun.  Maknanya sudah enam bulan kita jalani tahun 2011 ini. Maknanya juga kita sedang dihambat masa dan waktu.  Nyata kedua-duanya berlalu dengan amat pantas.

Bayangkanlah kita telah menjalani hidup selama 179 hari lamanya.  Memang banyaklah pengalaman yang telah kita lalui sambil kita mengharungi hidup dalam jangkamasa itu.   Saya percaya pelbagai juga rentak hidup dan kerenah manusia yang telah kita temui.  Ini sudah sememangnyalah,  tambahan pula kita bukan hidup seorang diri di bumi Allah ini.

Pengalaman yang kita lalui,  sifat dan sikap manusia yang kita jumpai,  masalah yang kita hadapi dan kejayaan yang kita nikmati,  semuanya berpunca dari kita sendiri … dan dengan izin yang Maha Esa.  Ini adalah lumrah hidup seorang manusia.

Dalam pada itu,  pernahkah kita bertanya pada diri kita,  sudah 6 bulan kita jalani tahun 2011 ini,  apakah yang telah kita perolehi …. apakah yang telah kita laku dan laksanakan …. apakah kejayaan kita hingga kini.  Sudahkah dapat kita selesaikan masalah yang kita hadapi pada awal tahun ini.   Dan dapatkah kita capai hasrat dan cita-cita kita untuk tahun ini.

Semua ini adalah soalan-soalan yang  mesti kita cari jawapannya menjelang akhir tahun 2011.   Kerana kita tidak mahu ketinggalan dan ditinggalkan dalam perjalanan hidup kita menghadapi masa depan.   Tidak syak lagi dengan berbekalkan keazaman, kecekalan dan ketabahan kita,  dan dengan berlandaskan ajaran agama suci kita Islam,  ini semua dapat kita capai dan nikmati.   Insya-Allah.

——————————————————————————————————————————————————

Jangan dikenang masa yang lalu

Julai 6, 2011

Kadang kala kita terdengar kata-kata ‘Jangan dikenang masa yang lampau.  Yang berlalu telah berlalu.  Tidak ada apa pun yang boleh dilakukan untuk menghalang kejadian itu supaya ia tidak dilakukan.’

Ada kebenarannya kata-kata seperti itu.  Akan tetapi ada juga baiknya kalau dikenang dan direnung kembali kepada peristiwa yang telah berlalu itu.  Sekurang-kurangnya,  jika yang baik itu akan menjadi kenangan yang manis kepada kita dan mungkin ia menjadi satu garis panduan untuk kita menjalani hidup untuk masa hadapan.  Dan yang tidak baik itu,  akan kita jadikan perkara atau perbuatan yang harus kita elakkan dari berulang lagi.

Banyak juga yang berpendapat bahawa ‘kata tak serupa bikin’.   Mungkin setelah kita kenang kembali,  dan kupas semasak-masaknya perkara-perkara yang belaku itu,  terutama sekali yang tidak baiknya,  maka kita pun akan membuat keputusan tidak akan mengikut aliran peristiwa seperti itu lagi.  Kita pun membuat azam untuk menjauhkan diri darinya.   Tetapi,  mudah kita berkata-kata.  Yang tidak mudahnya ialah untuk kita bertindak.

Dalam hal ini,  pernah juga kita bertanya …’Jadi apa yang harus kita lakukan’.   Mungkin untuk meneruskan perbuatan baik itu agak mudah untuk diteruskan,  tetapi perbuatan yang membawa kesengsaraan,  kegelisahan,  tidak tenteram kehidupan  dan  seumpamanya,  agak sukar kita elakkan.  Kerana ada juga yang bijak pandai berkata  ‘Tarikan yang buruk itu lebih kuat dari yang baik’.

Inilah masalah yang kita semua hadapi.

Kalau kita lihat dari perspektif yang lain pula,  akan kita dapati bahawa semua perbuatan atau tindakan itu puncanya adalah kita sendiri.  Kita menjadi pokoknya.  Mungkin kepada orang lain,  kebaikan yang kita lakukan itu merupakan satu keburukan kepada mereka,  dan sebaliknya keburukan yang kita lakukan pula menjadi satu tarikan kepada mereka.  Ini sudah menjadi lumrah  dalam masyarakat kita hari ini.  Tiap perbuatan atau tindakan yang kita saksikan berlaku itu,  sentiasa ada analisis-analisis yang diberikan oleh yang berkenaan.

Kita melakukan sesuatu itu,  semuanya dengan tujuan,  matlamat  dan  objektif.  Tidak ada pun rasanya,  tindakan yang kita laksanakan itu secara membabi buta sahaja  ….  tentulah ada sebab-sebabnya,  tambahan pula kita adalah maknusia yang bertamadun dan boleh berfikir.  Kita banyak menggunakan fikiran kita.  Atau mungkin yang menyaksikan tindakan itu tidak tinggi lagi tahap pemikirannya … dan tidak begitu bijak lagi untuk membuat tafsiran atau   pendapat yang rasional.   Mungkin kematangan fikirannya tidak sampai pada tahap … ‘minda yang telah membangun.’

Ini juga merupakan satu masalah kepada kita yang hidup bermasyarakat.

Apapun,  bak kata bijak pandai lagi  ‘Tepuk dada,  tanya selera.’

————————————————————————————————–

Menyediakan Diri Menghadapi Masa Mendatang

Dalam kita menghadapi masa depan  kehidupan kita,  tidak syak lagi banyak yang telah dan akan kita lakukan.   Tiap satunya  bagi menentukan bahawa kita akan dapat menghadapi hari muka dengan lebih yakin dan bersedia lagi.

Dalam pada itu banyak juga pengalaman yang telah kita lalui,  dan banyak juga insan-insan yang telah kita temui yang masing-masing mempunyai sifat dan geraklaku tersendiri.

Apa pun ini adalah lumrah hidup kita di dunia yang maha luas ini.

Secara realitinya persediaan kita menghadapi hari muka adalah pelbagai.  Ada di antara kita menyediakan diri dengan menimba sebanyak mungkin ilmu … untuk dunia dan akhirat.  Ada juga yang melaksanakan kerja-kerja untuk mengumpul wang ringgit dan harta untuk masa depan.   Dan ada yang mengambil langkah persediaan bukan hanya untuk diri sendiri bahkan untuk anggota keluarga yang pada satu hari kelak akan ditinggalkan.

Dalam senario sebegini,   sudah tentulah ramai yang mendatangi kita mengemukakan pelbagai kaedah untuk ‘membantu’ kita.  Ada yang mencadangkan kita melabur wang ringgit melalui skim-skim yang belum tentu kesasihannya.   Ada yang mendekati kita dengan cadangan supaya kita menabung melalui institusi-institusi kewangan.   Dan ada juga yang mengemukakan cadangan supaya kita melanggan program insuran.

Kadang kala kita akan tergamam dan terkeliru untuk memilih yang mana satu.   Pada permukaannya semuanya nampak baik.

Umpamanya,  dalam bidang insuran,  kita mempunyai banyak pilihan … dari berbagai syarikat Insuran yang diwujudkan di negara ini.  Ada yang menawarkan pakej yang meliputi pendidikan,  kesihatan,  perubatan dan seumpamanya.  Ada pula yang menawarkan ‘coverage’ untuk kemalangan.  Dan ada juga yang berbincara hanya mengenai kemudahan semasa dan selepas kehidupan.

Yang mana satu hendak kita pilih.  Inilah yang perlu menjadi tanda tanya yang besar kepada kita.

Tinggalkan komen

BLOG STATS

  • 104,325 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA