KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN

KUANTAN  18 April:  Masyarakat,  terutama masyarakat desa,  sudah mulai sedar peranan yang dimainkan oleh teknologi dalam kehidupan mereka.  Rata-rata,  tiap anggota masyarakat yang ditemui,  terutama di desa,  sudah mula mengemukakan hasrat dan keinginan mereka untuk mengetahui lebih dalam darihal teknologi ,  khususnya teknologi yang berkait rapat dengan bidang aktiviti mereka seharian.

Sejak ide merapatkan teknologi kepada masyarakat dicetuskan,   sambutan yang diterima amat menggalakkan.   Ramai yang berpendapat bahawa dalam era sains dan teknologi ini,  mereka harus merapatkan diri dengannya.  Mereka merasakan bahawa mereka ketinggalan jauh di belakang.  Ini kata mereka amat merugikan,  terutama manakala penyelidikan demi penyelidikan dilaksanakan itu boleh membawa mereka  mencapai satu kehidupan yang lebih cemerlang dan sejahtera.   Sedangkan hasil penyelidikan ini sedikit benar yang diketahui oleh mereka untuk mendapatkan faedah dan manfaat darinya.

Keadaan ini dapat dilihat pada sambutan yang diterima di kalangan masyarakat dalam dua daerah di Negeri Pahang.  Hingga kini lebih 10 buah kampung dalam daerah Kuantan dan Pekan telah menyatakan hasrat dan keinginan untuk menyertai projek membawa teknologi ke pangkuan masyarakat ini.   Oleh kerana sambutan yang memeransangkan ini,  pihak pengajur sedang menyediakan program dan aktiviti untuk melaksanakannya di kampung-kampung tersebut.

Selama ini pusat-pusat ICT di kebanyakan tempat dipenuhi oleh golongan kanak-kanak dan remaja sahaja,  maka dengan bermulanya program dan aktiviti di bawah projek Pusat Teknologi ini,  dipercayai lebih ramai anggota masyarakat dewasa akan turut berkunjung ke pusat-pusat ICT ini  …. untuk menimba ilmu.  Ini dengan sendirinya akan memperkasakan lagi kedudukan penggunaan ICT dalam aktiviti-aktiviti yang lebih mendatangkan faedah.

Untuk mengetahui lebih detail mengenai PUSAT TEKNOLOGI, sila klik di sini.

Tinggalkan komen

Information

This entry was posted on April 18, 2012 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 104,365 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

April 2012
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA