KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Menarik di akhbar online SERANTAU – 19 Julai 2013

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

DARI AKHBAR DALAM NEGARA

Pusat jemaah siap sebelum musim haji

Jeddah: Kerja membina sebuah pusat jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad di Madinah sedang berjalan lancar dan akan siap sebelum musim Haji tahun ini. Ia boleh menampung sehingga 2,400 jemaah pada satu-satu masa.

“Pusat itu akan menyediakan khidmat kepada hampir tiga juta jemaah Haji dan Umrah setiap tahun,” kata Menteri Haji, Bandar Hajar selepas melawat tapak projek.   Ia dibina di kawasan seluas 8,400 meter persegi termasuk lounge utama dengan 22 khemah gentian kaca.

Pengarah pejabat kementerian di Madinah Muhammad Al-Baijawi memberi taklimat kepada Hajar berhubung perancangan membuka keseluruhan pusat itu kepada jemaah Haji tahun ini.   BERITA HARIAN ONLINE

Ibu bapa, guru digesa main peranan lindungi kanak-kanak

KUALA LUMPUR,  15th July: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa anggota masyarakat, terutama ibu bapa dan guru agar turut memainkan peranan dalam melindungi kanak-kanak dan remaja daripada jenayah, keganasan dan segala bentuk penderaan.

Presidennya Tan Sri Lee Lam Thye berkata melindungi kanak-kanak daripada perbuatan jenayah bukan hanya tugas pihak berkuasa tetapi tanggungjawab seluruh masyarakat.

“Masanya telah tiba untuk kerajaan melancarkan kempen di seluruh negara bagi perlindungan dan keselamatan kanak-kanak melibatkan semua lapisan masyarakat.

“Sejak beberapa tahun ini, terdapat banyak kes kanak-kanak hilang dan didera dan semua ini menunjukkan kita tidak boleh mengambil mudah mengenai keselamatan golongan itu,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.   NEW SABAH TIMES ONLINE

Isu pendatang perlu ditangani di semua negeri

KOTA KINABALU – Seorang bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mencadangkan agar masalah pendatang tanpa izin di Sabah ditangani secara adil di semua negeri di negara ini.

Memberi keterangan kepada Inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai Pendatang Asing di Sabah, Tan Sri Simon Sipaun berkata isu tersebut telah menjadi isu nasional dan tidak adil kepada rakyat di Sabah menanganinya sahaja.

Merujuk kepada pemberian kad pengenalan (IC) Malaysia kepada orang luar, beliau berkata kerajaan mesti mengeluarkan formula yang perlu diguna pakai kepada pendatang termasuk mereka yang tidak bernegara.

“Kerajaan perlu terlebih dahulu proaktif. Perlu ada kesanggupan politik yang kuat untuk menangani isu yang berpanjangan ini,” katanya.   SINAR HARIAN ONLINE

Dadah RM31 juta dirampas

NOOR Rashid Ibrahim (tengah) bersama Mohd. Mokhtar Mohd. Sharif (dua dari kiri) menunjukkan wang, dadah dan pistol yang dirampas

NOOR Rashid Ibrahim (tengah) bersama Mohd. Mokhtar Mohd. Sharif (dua dari kiri) menunjukkan wang, dadah dan pistol yang dirampas

BATU PAHAT 17 Julai – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melakar sejarah baharu dalam siri rampasan dadah di negara ini selepas menemukan pelbagai jenis dadah seberat 1.178 tan dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan makmal dadah di Taman Flora Heights, di sini semalam.

Serbuan dijalankan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah pada pukul 12 tengah malam di makmal bertaraf kilang itu.

Polis turut menahan enam suspek berusia antara 24 hingga 52 tahun terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan termasuk ketua kumpulan berkenaan dan seorang wanita warga China.

Pengarah JSJN Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, serbuan di kawasan perumahan elit itu dibuat hasil intipan hampir setahun selepas polis menyerbu sebuah makmal dadah di Muar pada September tahun lalu.   UTUSAN ONLINE

Hukuman penjara 58 tahun, 22 sebatan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 58 tahun dan 22 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap enam pertuduhan samun bersenjata membabitkan enam mangsa termasuk seorang pensyarah.

Hakim Rihaida Rafie menjatuhkan hukuman itu terhadap Awang Sazri Awang Talip, 26, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap kesemua pertuduhan samun itu semalam membabitkan kerugian RM21,100.

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan empat sebatan bagi setiap pertuduhan manakala bagi pertuduhan kelima dan keenam masing-masing sembilan tahun dan tiga sebatan.   myMetro Online

DARI AKHBAR LUAR NEGARA

Polis: Ada kaitan kes pasangan hina Islam

KUALA LUMPUR: Polis yakin kes culik dan membogelkan seorang penjaga kaunter kafe siber di Shah Alam, kelmarin, adalah tindak balas pihak tertentu terhadap pasangan kontroversi yang mempersendakan Ramadan dan umat Islam di Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal percaya motif perbuatan itu adalah membalas dendam terhadap Encik Alvin Tan, 25 tahun dan Cik Vivian Lee, 24 tahun, yang telah menyinggung umat Islam baru-baru ini.

Pada Khamis lalu, pasangan itu memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)… wangi, enak dan menyelerakan’ di laman Facebook mereka.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia kerana sikap mereka yang tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat Islam setempat.   CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Terima padah jual ubat-ubatan tegahan

Pegawai penguatkuasa membuat pemeriksaan

Pegawai penguatkuasa membuat pemeriksaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Sebanyak lapan premis menjual ubat-ubat tradisional dan jamu di pusat Bandar telah diserbu oleh agensi penguatkuasaan undang-undang dalam operasi yang dijalankan kelmarin.

Menurut kenyataan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Ops Ubat dan Racun 3 melibatkan pegawai penguatkuasaan dari Unit Penguat kuasa Undang-Undang, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dan Unit Penguat kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, di mana dalam operasi berkenaan, pegawai yang bertugas mendapati pelbagai kesalahan.

Kesalahan yang didapati dalam operasi berkenaan adalah termasuk menjual ubat-ubatan yang terkawal dan ditegah di bawah Akta Ubat 1956 dan Akta Racun 2007.   MEDIA PERMATA ONLINE

7,6 penduduk Indonesia terkena diabetes

20110630025050diabetesJakarta (ANTARA News) – Indonesia menduduki peringkat sembilan negara dengan pesakit diabetes terbanyak di dunia, kata Ketua II Pengurus Pusat Ikatan Dokter Anak Indonesia (IDAI) Aman Pulungan.

“Berdasarkan data dari Diabetes Atlas IDF tahun 2010, lihatlah, Indonesia menduduki peringkat sembilan dengan tujuh koma enam juta penduduk menderita diabetes,” ujar Aman pada perbincangan kesihatan di Jakarta, tadi sore.

Dengan pola makan dan pola hidup yang sama seperti saat ini, Aman membimbangkan pada 2020 kedudukan Indonesia akan naik ke peringkat enam negara berpenderita diabetes terbanyak.

Diabetes Atlas IDF menganggarkan Indonesia akan mempunyai kira-kira 12 juta pesakit kencing manis.

“Ini merupakan satu epidemik yang mengerikan. Bagaimana tidak, diabetes bahkan sudah menyerang usia anak-anak,” jelas Aman.   ANTARA NEWS ONLINE

Korban Banjir Kendari Mulai Terserang Penyakit

40Banjir-SH-Saufat EndrawanKENDARI – Korban banjir di Kendari, Sulawesi Tenggara (Sultra), yang hidup di tenda-tenda darurat dan posko penampungan korban, Rabu (17/7), mulai terserang berbagai penyakit. Namun, Kamis (18/7), genangan air di sejumlah permukiman warga mulai surut.

Kepala Dinas Kesehatan Kota Kendari Maryam Rufiah kepada sejumlah wartawan di Kendari, Rabu sore, mengatakan sejak banjir melanda sejumlah permukiman penduduk di Kota Kendari, Selasa (16/7), pihaknya sudah merawat 200 pasien korban banjir yang menderita berbagai penyakit.

“Penyakit yang menyerang para korban banjir, antara lain infeksi saluran pernapasan atas, diare, kejang-kejang, demam, flu, dan gatal-gatal,” kata Maryam.   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Pedagang: Daging Lokal Lebih Segar Ketimbang Impor

Pedagang daging sapi lokal di Pasar Minggu, Jakarta, Kamis

Pedagang daging sapi lokal di Pasar Minggu, Jakarta, Kamis

REPUBLIKA.CO.ID, PADANG – Beberapa peniaga di pasar tradisional Bandar Padang, Sumatera Barat, menyatakan meragukan kualiti daging lembu yang diimport Perum Bulog sehingga berkeberatan untuk ikut menjualnya.

“Peniaga tidak berminat menjual daging lembu import dari Bulog,” kata Zainal, peniaga daging di Pasar Raya Padang, Kamis (19/7).

Menurut beliau, peniaga meragukan kualiti daging lembu import, dan bimbang rugi bila nanti pengguna tidak mahu membeli daging dalam keadaan dibekukan. Daging lembu import, katanya, di samping tidak sesegar daging lembu tempatan, juga terlalu banyak mengandungi lemak sehingga merugikan peniaga

“Lagi pula daging lembu import kebanyakan gajih (lemak)-nya. Itu boleh sampai 3 kg dari 10 kg daging. Kami juga rugi kalau begitu. Maka, peniaga lebih suka menjual daging tempatan yang tampak lebih segar,” kata Zainal.   REPUBLIKA ONLINE

Pekerja Anak Paling Banyak di Papua

Dimas Ramadhan (11) bekerja sebagai kondektur Bus Kopaja di kawasan Kalibata-Kramatjati, Jakarta

Dimas Ramadhan (11) bekerja sebagai kondektur Bus Kopaja di kawasan Kalibata-Kramatjati, Jakarta

TEMPO.CO, Jakarta – Suruhanjaya Kebangsaan Perlindungan Anak melansir data kes berkaitan anak-anak selama semester pertama 2013. Setiausaha Agung Komnas PA, Samsul Ridwan, berkata jumlah pekerja anak mencapai 4.7 juta jiwa.

“Paling banyak di Papua, (pekerja kanak-kanak) sebanyak 34,7 peratus daripada jumlah pekerja,” katanya, Kamis 18 Julai 2013. Kedudukan kedua adalah Sulawesi Utara dengan besaran 20,46 peratus, dsisusul Sulawesi Barat 19,82 peratus.

Dilihat dari lokasi kerja, dari total jumlah itu, julat 1.1 juta kanak-kanak bekerja di kawasan bandar. Lain-lain, 2.3 juta kanak-kanak di luar bandar.   TEMPO ONLINE

Tinggalkan komen

Information

This entry was posted on Julai 19, 2013 by in Ehwal Semasa.

BLOG STATS

  • 104,356 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA